Kisah seekor anjing yang menghidap kanser tular di media sosial sehingga meruntun emosi netizen. Pemiliknya yang dikenali sebagai Carina tampil berkongsi video memaparkan detik terakhir bersama Lily the Labrador, anjingnya yang berusia 7 tahun.
Pada penghujung video, Carina mengucapkan selamat tinggal buat anjingnya sebelum ia ditidurkan buat selama-lamanya. Bercerita lanjut, Carina mendedahkan Lily the Labrador disahkan menghidap penyakit kanser limfoma, pada tahun ini. Ujarnya, dia sekeluarga tidak mempunyai masa yang lama bersama anjing tersebut.
Carina yang juga pemilik akaun TikTok @tailsofjoyco, memuat naik video menyentuh hati apabila dia menitiskan air mata pada hari terakhir Lily hidup. Menerusi video tersebut, mereka dilihat berpelukan antara satu sama lain dan Lily sedang menikmati makanan ringan kegemarannya sebelum ditidurkan. Pada perkongsian video tersebut Carina turut memberi kata-kata terakhir kepada Lily. "Maaf 'baby girl' saya sayang awak tapi awak perlu pergi, terima kasih untuk segala-galanya, kami bersyukur mempunyai kenangan bersama awak selama tujuh tahun," ujarnya menerusi kapsyen. Video tersebut tular sehingga meraih lebih 3.3 juta tontonan dan turut dihujani lebih 5,000 komen netizen. "Semoga terus kuat untuk Carina dan keluarga, kita mempunyai kisah yang sama. "Sangat menyentuh hati melihat ia membesar, semoga terus kuat. "Takziah atas kehilangan Lily," tulis beberapa individu. - CARI Sumber: mStar/Mirror.Co.Uk
|
noor2 replied at 18-10-2022 02:18 PM
Adakah anjingnya setuju untuk dimatikan?..pelik tengok ramai owner pet ni tidurkan haiwan depa...
M ...
noor2 replied at 18-10-2022 02:18 PM
Adakah anjingnya setuju untuk dimatikan?..pelik tengok ramai owner pet ni tidurkan haiwan depa...
M ...
prettyuglybabe replied at 18-10-2022 02:41 PM
i think dorang pun tak sanggup tengok pet dorang dalam kesakitan..
plus medical cost untuk binata ...
Buritan replied at 18-10-2022 03:33 PM
Yep.. kucing aku kena feline leukimia virus... mmg kesian.. akhir hayat aku pggil dpt jwb pakai ek ...
prettyuglybabe replied at 18-10-2022 03:41 PM
tu la.. sedihkan..
kita muslim ni nak pts pet memang rasa berat..
rasa berdosa utk pts tu lebih da ...
Buritan replied at 18-10-2022 03:45 PM
Kenkadang aku rasa bodo sgttt.. abis duit bg kat depa.. baik aku beli gelang mas.. hohoho.. tak ta ...
Imkhai replied at 18-10-2022 03:31 PM
Sis ni klau komen atau reply komen kadang2 sakit jiwa tau aku baca mcm bdk x ckp umur komen2 nya w ...
prettyuglybabe replied at 18-10-2022 03:56 PM
tak apa la.. tak begelang emas kat dunia, ada pahala kita bawa ke sana..i ada satu hari masa tu pa ...
ADVERTISEMENT