Farrah Deeba akan menyokong mana-mana individu yang melakukan kesedaran umum berkenaan 'sexual predators' yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Farrah atau Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, 44, berkata, dia turut menunjukkan sokongan terhadap tindakan penyanyi rap Caprice yang dilihat memperjuangkan isu berkenaan termasuk mendedahkan perbuatan gangguan seksual terhadap remaja di bawah umur. Kata Farrah, sokongan itu diberikan kerana Caprice berjaya mendapatkan bukti-bukti yang jelas berkenaan jenayah yang dilakukan. "Sebenarnya saya sokong sesiapa sahaja yang melakukan kesedaran awam berkenaan pemangsa seksual ini.
"Tambah pula jika ia melibatkan individu yang mempunyai akses kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur," katanya kepada mStar. Terdahulu menerusi Instagram miliknya, Farrah dilihat secara terbuka menyokong tindakan Caprice mendedahkan perbuatan gangguan seksual terhadap remaja bawah umur meskipun ada segelintir pihak menganggap perkara itu sebagai membuka aib.
|
ADVERTISEMENT