CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KPM Terbuka Jika SPRM Mahu Siasat - Radzi Jidin

18-10-2022 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 614| Komen: 0

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyiasat dan melihat sendiri tuduhan terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung dakwaan penyelewengan dalam kementerian tersebut.


Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, KPM bersikap terbuka dan telus dalam konteks pendidikan bagi memupuk kepercayaan dalam kalangan masyarakat.


FB Radzi

Ujar beliau, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof telahpun diarah membuat laporan bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan berkaitan dakwaan penyelewengan melibatkan kontrak bekalan makanan bermasak serta kebersihan bangunan dan kawasan di bawah KPM.


"Kita nak pastikan imej KPM sejak saya masuk dalam kementerian ini terjaga, mesej kita setiap sen duit rakyat mesti dikembalikan kepada rakyat.

"Saya berada di sini menjalankan khidmat negara. Ada sebarang pertuduhan, SPRM (boleh) pergi siasat kementerian dan lihatlah apa yang berlaku di sana, kalau ada," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Majlis Pelancaran Inisiatif 'Reading Progress' Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sebuah hotel pada Selasa.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.222110 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top