CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Polis Letak Dadah, Rogol 13 Wanita

18-10-2022 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 896| Komen: 1

Seorang lelaki yang juga bekas pegawai polis Australia Barat didapati bersalah meletakkan dadah dan merogol 13 orang wanita semasa masih dalam tempoh perkhidmatan.


Memetik laporan 9News, juri mengambil masa enam jam untuk mendapatkan pengakuan daripada Adrian Trevor Moore yang bersalah atas 87 tuduhan penyalahgunaan kuasa hampir lebih sedekad.


The West

Dalam pada itu, perbicaraan selama lima minggu itu turut dihadiri kesemua 13 orang mangsa dan mahkamah memaparkan video Moore merakam perbuatan kejinya yang disifatkan tidak berperikemanusiaan.

Lebih membimbangkan, ramai mangsa tidak sedar dengan apa yang Moore telah lakukan terhadap mereka.


Hakim Alan Troy memaklumkan mahkamah beliau 'amat kesal' apabila juri terpaksa menonton grafik dan imej yang kurang menyenangkan namun ia tidak dapat dielak.

Beliau berkata, jenayah yang dilakukan Moore digambarkan sebagai jenayah kejam yang tidak pernah terjadi sepanjang pengalaman beliau sebagai hakim.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 18-10-2022 04:33 PM
ala jenayah terkejam? bukan korang juga ke yang bagi hukum gantung pada anak2 kulit hitam yang tak bersalah??

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.104530 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top