CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jadi Jutawan Segera- Orang Kampung Tak Jadi Pertahan Tanah, Terliur Harga Jualan Hampir Cecah RM3 Juta

18-10-2022 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2682| Komen: 28

JAKARTA: Seorang lelaki menjadi ‘jutawan segera’ selepas menerima bayaran jualan tanah miliknya di daerah Bener berjumlah hampir 9 bilion rupiah (RM2.7 juta) baru-baru ini.


Lapor Kompas.com, lelaki berkenaan merupakan seorang daripada penduduk di kampung Wadas, Purworejo yang menjual tanah mereka untuk dijadikan kawasan kuari.

Lelaki yang dikenali sebagai Zuhri berkata, sebelum itu dia pernah menolak permintaan untuk menjual tanahnya itu.


Foto: Agensi

Tetapi Zuhri yang berusia 58 tahun, kemudian mengubah fikirannya selepas melihat tawaran pampasan lumayan yang diberikan.


“Dulu saya pernah menentang pembinaan kuari itu malah turut serta dalam demonstrasi yang diadakan oleh penduduk Wadas.

“Tetapi sekarang saya sudah setuju. Rancangan saya jika sudah menerima wang pampasan itu saya akan gunakan membeli tanah lagi di tempat lain.

Tidak hanya Zuhri, seorang lagi penduduk kampung Wadas, Wilayah, 45, turut merancang menunaikan haji selepas menerima wang pampasan penjualan tanahnya di lokasi sama.

“Saya sanggup berpindah demi memudahkan urusan untuk mendaftar haji biar cepat dapat berangkat ke tanah suci.

Waliyah turut menentang keras pembinaan kuari tersebut pada awalnya, tetapi ‘terliur’ melihat wang yang diterima penduduk lain menyebabkan dia menukar fikiran. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 18-10-2022 02:07 PM
dapat 3 juta jadikan friska isteri nombor 4. kan bahagia gitu
Quote rospinki 18-10-2022 03:29 PM
patutla ramai aku tgk kt socmed rancak indon2 buat vidio seperti 'culture shock' kayaknya.
dpt durian runtuh mau tak melialau mata
Quote R2D2 18-10-2022 03:43 PM
belajar la dari kes 504 jutawan segera Kampung Lyndon B Johnson (LBJ) 1996
sekali salah guna duit secara boros
papa kedana la akhirnya
Quote shi_jewel 18-10-2022 03:50 PM
sepatutnya kamu pakai topeng time sign tu pakcik...
Quote apalancut 18-10-2022 04:00 PM
scammer bakal menyerang Daerah Bener. tak lama lagi bunting skim pak man telo bakal digantung
Quote Page88 18-10-2022 07:22 PM
Hhhmmm....
Quote musangbodoh 18-10-2022 09:15 PM
kaya kaya.....
Quote Adrif 18-10-2022 11:32 PM
kalau jadi kat Malaysia,

better jual ke tanah tu dan beli tanah baru?
atau terus pertahankan tanah nenek moyang tu?

kalau aku, sama, jual dan beli tanah baru, usahakan dari mula.
tapi aku tak pasti tu keputusan yang betul ke tak.. korang?
Quote Lagubestbest 18-10-2022 11:40 PM
Adrif replied at 18-10-2022 11:32 PM
kalau jadi kat Malaysia,

better jual ke tanah tu dan beli tanah baru?

Ok le tu kalau plan gitu. Bukan tanah palestin pun nak pertahan.
Quote Adrif 18-10-2022 11:47 PM
Lagubestbest replied at 18-10-2022 11:40 PM
Ok le tu kalau plan gitu. Bukan tanah palestin pun nak pertahan.

kan. dah tanah tu dulu nenek moyang usahakan pun untuk raih rezeki jugak.kita ok je. problem dia generasi lama. tanak lepaskan tanah yang kerajaan minta

dah gomen mintak, jual je la. pastu beli tanah lain, tanam pokok lain. ye dak
Quote Adrif 18-10-2022 11:48 PM
makadek replied at 18-10-2022 11:42 PM
Kalau 3juta yep aku jual
Pastu joli ni aku laaa sbb aku tkde komitment
Tk pun binakan rumah sewa b ...

yesza planning assets

Quote I.K.A888990 19-10-2022 01:17 AM
biasa laaa bila duit dpn mata atau dijanjikan duit kan. sapa yg xnak
Quote clarizsa 19-10-2022 01:30 AM
Jual je selagi ada org mau beli mahal2
Bukan senang nk dapat offer cmtu kan
Banyak je tanah2 kt kg tak laku mana pun
Hrga masih rendah
Nak jual pun susah
Quote rosedemon 19-10-2022 09:39 AM
kalau aku jual jela. jutawan segera woooo
Quote copy_paste 19-10-2022 09:45 AM
baguslah kalau dpt duit beli tanah tempat lain pula jgn dijoli sakan habis,
seeloknye beli tanah yg berkali ganda besar dari tanah dijual,
atau buat pelaburan perniagaan,
Quote copy_paste 19-10-2022 09:46 AM
Adrif replied at 18-10-2022 11:47 PM
kan. dah tanah tu dulu nenek moyang usahakan pun untuk raih rezeki jugak.kita ok je. problem dia g ...

ye betul, beli tanah yg lebih luas,pastu boleh menanam atau menternak,kurang2 xhabisnye beli tanah kalau duit berjuta,
1/4 pun masih boleh berjoli
Quote wadiunong 19-10-2022 12:14 PM
setuju jual aje. nak pertahankan pon buat apa, harta dunia je pon. sementara masih bernyawa duit lagi penting kot especially krisis ekonomi skrg ni, anak2 cucu biarlah diaorang usaha cari reta sendiri
Quote cmf_premierleag 19-10-2022 12:16 PM
jual je la
lagipun jakarta pun nak tenggelam kan
in fact part of jakarta dah mmg below sea level pun
Quote white_musk 19-10-2022 01:21 PM
Jadilah seperti acik2 flat karinchi yang mana Najib nak offer rumah kondo baru pun mereka taknak...
tetap mahu tinggal di flat pprt.. jadi dapat lah flat pprt

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.145424 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top