CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Abai Cakap Doktor, Wanita Maut Tercekik Gigi Palsu

18-10-2022 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1026| Komen: 2

Gara-gara tidak mengendahkan saranan pakar, seorang wanita Colombia meninggal dunia akibat tercekik gigi palsunya ketika tidur.

Maria Farías Guzman, 48, dari wilayah Armenia dilaporkan tidur dengan gigi palsunya masih dipakai dalam mulut.

Keluarganya berkata, mereka mendengar bunyi pelik dari dalam bilik wanita itu sebelum menemui dia tidak bernafas lagi.


Gambar hiasan

María dikejarkan ke Hospital del Sur, Quindio. Doktor cuba menghidupkan semula wanita itu dan membersihkan saluran pernafasannya daripada gigi palsu itu.

Malangnya, usaha mereka tidak berjaya dan kematiannya disahkan akibat saluran pernafasan tersumbat.

Jurucakap Jabatan polis Quindio, William Alberto Zubieta Pardo berkata, ahli keluarga wanita itu menyedari keadaan dia tercekik itu semasa dia sedang tidur.

"Tetapi, dia tiba di hospital tanpa tanda-tanda bernyawa dan kakitangan melakukan rawatan dan prosedur sewajarnya bagi membersihkan saluran pernafasannya, tetapi dia tetap tidak bertindak balas," katanya.

Katanya, butiran lanjut akan diberikan sebaik sahaja laporan besah siasat selesai.

Kes seumpama ini jarang berlaku hingga menyebabkan ia menjadi tular di media sosial.

Ramai netizen ingin tahu bagaimana kejadian itu boleh berlaku.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 18-10-2022 09:16 PM
kureng assam punya gambarrrrr
Quote minguk 19-10-2022 12:19 PM
terlupa ke?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.120304 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top