Ramai marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan Lesti Kejora menarik balik laporan terhadap suaminya, Rizky Billar berhubung isu keganasan rumah tangga.
Warganet meluahkan rasa kecewa sebaik mendengar keputusan dibuat Lesti. Menurut Lesti, dia bersepakat untuk berdamai dengan Rizky demi anak mereka, Leslar. Kata warga maya, Lesti seharusnya berfikir mengenai dirinya terlebih dahulu sebelum berfikir mengenai anak. Mental seorang wanita perlu kuat sekiranya mahu membesarkan anak, tegas mereka.
Bukan itu sahaja, majoriti peminat pelantun suara ‘Kejora’ ini meluahkan hasrat untuk memboikotnya. Mereka telah melakukan protes dan luahan perasaan menerusi satu video di mana, mereka berharap Lesti tidak lagi muncul dalam mana-mana siaran TV kerana tidak mahu tindakannya yang membela suami menjadi ikutan. Sumber: OHBulan
|
Scheherazade: baguslah. aku sokong sbb apaka ...
ADVERTISEMENT