CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jahanam Dikerjakan Pendandan, Siti Jamumall Menangis Tengok Rambut Dah Nak Botak

18-10-2022 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3437| Komen: 20

Siti Jamumall kecewa selepas mendapatkan perkhidmatan mewarnakan rambut meluahkan rasa sedih dengan keadaan rambutnya yang rosak teruk.


"Jahanam rambut saya. Sekarang dah nipis, sampai nak hilang semua. Boleh tengok dah nak botak," luahnya.


TikTok

Menurut pempengaruh yang juga ahli perniagaan itu, kerosakan rambutnya itu berlaku akibat kesilapan pendandan rambut di sebuah salon di Johor Bahru, kelmarin.

"Saya baru lepas bercakap dengan peguam dan terangkan apa terjadi. Saya tak minta banyak memandangkan perkara ini sudah terjadi, rambut pun dah rosak, jadi saya nak mereka bertanggungjawab untuk perbaiki semula rambut saya. Itu saja.


"Saya dari jam 8 malam hingga 2 pagi pun tak selesai lagi. Akhirnya mereka cuba baiki sampai jam 6 pagi hari ini baru saya balik rumah. Tak tahu nak ckp macam mana. Saya cari duit dengan membuat sesi ‘live’. 

"Kalau keadaan saya macam ni memang malu lah saya. Kalau ikutkan peguam, saya boleh saman malu dan minta ganti rugi berdasarkan berapa lama saya tak boleh ‘live’.

"Tapi saya tahu dia takkan mampu bayar kalau nak kira sekali saya ‘live’ berapa pendapatan yang dapat. Jadi saya harap mereka boleh bertanggungjawab. Kalau memang tak reti buat rambut pelanggan, janganlah. Rambut saya sihat dan tidak ada masalah pun sebelum ni," katanya.

Lebih teruk katanya, dia berdepan masalah lebih besar iaitu rambut botak jika tidak dapat diselesaikan dalam masa dua minggu.



"Pendandan tu sampai lebih sejam lebih dia ‘bleach’ rambut saya. Apabila saya tanya, dia cakap itu perkara biasa. Masing-masing tak nak ambil tanggungjawab hingga saya buat ‘live’. Ketika itu semua kelam kabut datang nak buatkan rambut saya. 

"Tapi, tak tahu boleh selamat lagi atau tak. Rambut ini adalah mahkota bagi setiap wanita. Sedih sangat dengan apa yang terjadi.
 
"Kawan saya yang kerja di salon ada cakap, selepas dua minggu rambut saya boleh botak. Kalau tengok sekarang dah macam apa. Kosong, habis nampak kulit kepala. Rambut saya sampai pendek dan putus banyak. 

"Banyak kesilapan dia buat, pertama dia biarkan rambut saya dalam keadaan ‘bleach’ sampai lebih sejam lebih, dia biar begitu saja

"Lepas tu pasang ‘hitter’. Saya pula tak tahu semua ni. Saya percaya sebab dia cakap sudah tujuh tahun pengalaman dalam bidang ini," katanya.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 18-10-2022 09:19 AM
Jawapan klise pakai tudung lerrr
Quote prettyuglybabe 18-10-2022 11:00 AM
selayaknya la..

Quote pearl.silver 18-10-2022 11:08 AM
Esiti ni bkn pki tudung ke?
Quote tri-max 18-10-2022 11:10 AM
sekejap je nikmat kau tu da kena tarik
asbab kena kat salun rambut, nasib tak kena masa kau cucuk vitamin kasik putih mcm michael jackson
Quote misc 18-10-2022 11:11 AM
Edited by misc at 18-10-2022 11:15 AM

Bleach satu kepala mmg masak la nak tunggu rambut baru tumbuh. Dah la confirm rambut rosak.
Quote Cyempaka 18-10-2022 11:30 AM
Siti ni umpama watak gembala kambing dgn harimai je.. Apa pun yg jadi kat dia, org susah nak percaya.. Sebab asyik kena tipu dgn marketing dia je. Jadinya lantak engkaulah..
Quote ifanonline 18-10-2022 11:32 AM
dia taknak pula colour bulu ari2 dia
Quote Mooverine 18-10-2022 12:00 PM
salun murahan ke dia pergi sampai buat bleaching rambut pun tak pandai..
cakap kaya, takkan la pegi salun cincai-cincai
Quote ina_na 18-10-2022 12:01 PM
X Kan la staff salon x nasihatkan dl Kalo rambut ko mslh..mcm x logik je...setahu aku Kalo rambut Kita ok X de mslh staff Akan trs proceed..Kalo x staff akan bg cadangkan tuk Kita bt treatment dl x blh bleach atau warnakan rambut dl sbb rambut kita dah rosak..dia ni kan dah beberapa kali bt marketing prank2...mcm pelik.. yg penting sblm aku warna rambut staff salon akan bg nasihat dl.. jd rambut x jahanam..
Quote ayukpingu 18-10-2022 12:04 PM
marketing la tu
sempat ke lawyer bagai. haram kejadah betol

esok lusa dia promote produk rambut lak.


Quote ainonymous 18-10-2022 12:09 PM
Cyempaka replied at 18-10-2022 11:30 AM
Siti ni umpama watak gembala kambing dgn harimai je.. Apa pun yg jadi kat dia, org susah nak percaya ...

setuju sis. dia ni pelik2 la. haritu yg tertukar anak tu ntah betul ke tak. perangai bimbo sgt
Quote makton 18-10-2022 12:23 PM
mikel eng dah bunyi pasal minah kepoci ni
Quote asudau 18-10-2022 12:25 PM
inspirasi dari warna bulu dog ke,
islam kan..wajib bertudung cik kak
Quote Cpkay 18-10-2022 12:26 PM
dah boleh dah pakai tudung... pasti live mencanak naik view
Quote shi_jewel 18-10-2022 12:29 PM
sesape yg baik hati, sila paste gambar dia jap. nak tgk muka dia.

iol malas plak nak buka tab google byk2x
Quote dekmieDandy 18-10-2022 12:30 PM
tergelak aku memasang 'hitter' tu
Quote naina 18-10-2022 01:33 PM
Aku tak Caya dia ni. Banyak kali buat marketing fake. Dulu duit palsu, tertukar anak tu xtau r betol ke tak. Baru ni ngamuk2
Quote Decaffeinated 18-10-2022 02:09 PM
ifanonline replied at 18-10-2022 11:32 AM
dia taknak pula colour bulu ari2 dia

dia dah test kot OK ja tak luruh tu pasal berani buat kat kepala

Quote Miss.Rara 18-10-2022 03:06 PM
dah kenapa macam uban pulak jadi nyaaa

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.249191 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top