Pelakon televisyen Vaishali Thakkar ditemui meninggal dunia dipercayai kerana membunuh diri di kediamannya di Indore, India pada Ahad.
Menurut pihak berkuasa, Thakkar, 30, yang popular menerusi drama Yeh Rishta Kya Kehlata Hai itu telah menggantung diri di rumahnya dan meninggalkan sepucuk nota mendakwa dirinya kerap diganggu oleh bekas teman lelakinya. "Kami telah menemui lima keping nota tertulis seperti sebuah diari di dalam biliknya. Kami mengenalpasti isi kandungannya. "Dia (mendiang) menulis dia (lelaki) tidak mengahwininya dan tidak juga membenarkannya berkahwin dengan sesiapa. Bekas teman lelakinya itu telah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata," kata pihak berkuasa, sepertimana laporan Times of India.
Dalam salah satu hantaran di media sosial seakan-akan memberi bayangan tentang puncanya membunuh diri. Seminggu lalu, Thakkar telah berkongsi sepotong video reels menujukkan kipas siling yang sedang berputar berserta kapsyen; "Anda sedang buat apa pada hari Ahad?" Jasad Thakkar telah ditemui oleh abang mendiang pada malam Sabtu lalu. Mendiang telah dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia oleh doktor. Bedah siasat telah dibuat dan jenazah disemadikan pada Ahad. "Sebuah iPhone, iPad dan beberapa barangan peribadi lain telah dikumpulkan dari kediaman mendiang," tambah pihak berkuasa, tanpa menyabitkan kes terbabit dengan mana-mana pihak. Bagaimanapun, bekas teman lelakinya telah dipanggil untuk siasatan. Thakkar difahamkan pernah bertunang dengan usahawan dari Kenya pada 2021 namun putus sebulan kemudian. Mendiang memulakan karier sebagai Sanjana dalam 'Yeh Rishta Kya Kehlata Hai' selain turut terbabit dalam 'Ye Vaada Raha' ,'Ye Hai Ashiqui', 'Sasural Simar Ka', 'Super Sisters', 'Laal Ishq', 'Vish Ya Amrit dan 'Manmohini 2'. Sumber: Gempak
|
nyoyoyenye replied at 18-10-2022 05:08 PM
depress kah sheols ?
babelina replied at 18-10-2022 04:12 PM
dh la nk raya.. bunuh diri pula..
ADVERTISEMENT