CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lama Tak Makan Ubat, Lelaki Tumbuk Isteri Sebelum Mengamuk Atas Bumbung

18-10-2022 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 974| Komen: 2

Seorang lelaki disyaki kurang siuman mengamuk dan mencederakan isterinya di Kampung Bukit Tempayan Tanjung Kling pada Isnin.

Kejadian jam 11.30 pagi yang tular di media sosial itu menunjukkan lelaki berusia 37 tahun berada di atas bumbung rumah sambil beberapa anggota bomba sedang memujuknya dari bawah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Balai Polis Tanjung Kling menerima aduan berhubung insiden itu dan bergegas ke lokasi sebelum mendapati suspek bersenjatakan dua bilah pisau pemotong daging berada di atas bumbung.


Foto: Sinar

Menurutnya, berdasarkan temu bual dengan isteri suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai memberitahu dia ditumbuk di bahagian mata oleh suspek ketika berada di luar rumah, bagaimanapun ketiga-tiga anaknya berusia antara 10 hingga 13 tahun tidak dicederakan suspek.

Katanya, hasil keterangan isteri suspek juga memaklumkan suaminya pernah mendapat rawatan psikiatri di Hospital Melaka dan insiden itu dipercayai berlaku kerana suspek telah lama tidak mengambil ubat yang dibekalkan oleh hospital.

"Ketua polis balai bersama dua anggota polis cuba memujuk suspek namun suspek telah mencampakkan sebilah pisau ke bawah dan sebilah pisau masih dipegangnya.

"Keadaan kedudukan bumbung rumah sukar untuk kita naik memujuk suspek dari jarak dekat, dan beliau telah meminta bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memujuk suspek termasuk meminta bantuan anak-anaknya namun masih tidak berjaya selain suspek bertindak agresif.

Ujar beliau, berapa jam kemudian berlaku pergelutan di antara suspek dan anggota polis serta bantuan anggota bomba atas bumbung rumah, sebelum suspek berjaya digari dan dibawa turun dengan selamat pada jam 1.40 petang.

"Pergelutan berlaku selepas suspek bertindak agresif hingga menyebabkan beberapa keping atap jenis abastos pecah.

"Suspek berjaya diturunkan dengan bantuan pasukan bomba sebelum dihantar ke hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan termasuk kecederaan yang dialami di bahagian kening," kata beliau lagi.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 18-10-2022 01:06 PM
My fren shuben dia gini la. Asal xmkn ubat menjadi. Dok kluaq masuk wad psi hkl berkali2. Walau tseksa jiwa raga tetap laaa syg ngn laki tuh.
Quote Adrif 19-10-2022 12:54 AM
Thunderclouds replied at 18-10-2022 01:06 PM
My fren shuben dia gini la. Asal xmkn ubat menjadi. Dok kluaq masuk wad psi hkl berkali2. Walau tsek ...

kawan adik aku. bapak budak tu pun lebih kurang camni bila datang penyakit dia
paling kesian, pagi tu nak convo naik pentas. sebelum anak tu masuk dewan, bapak dia mengamuk-ngamuk depan orang ramai, pastu tinggalkan budak tu dengan maknya. katanya terus balik rumah, tak tengok anak convo. mak budak tu pegi ke bahagian mak ayah. yang budak tu dah tak berhenti menangis dalam dewan. tapi naik jugak pentas amik skrol.

kesian ooo orang dengan family member macam ni.. silap2 satu family kena gi jumpa kaunseling, tekanan perasaan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.109323 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top