CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ingatkan Anak Cina Ni Putih Gebu, Hitam Ikut Mak Dia!"Makcik Mulut Puaka Hina Anak Orang

18-10-2022 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7258| Komen: 96

Seorang bapa, Adam Kelvin, terpanggil untuk berkongsi pengalaman peribadi di Facebook mengenai anaknya.

“Viral fasal anak Neelofa tunjuk muka. Saya pun tak kenal siapa Neelofa tu. Cuma benda ni buat saya teringat keadaan wife masa mula-mula lahirkan anak kami.


“Lepas anak kami dilahirkan, ada beberapa orang datang melawat dia. Apabila nampak saja muka anak kami, muka orang tu terus berubah,” ujarnya.



Bercerita lanjut mengenai kejadian, Adam menceritakan pengalaman berdepan individu yang kurang sensitif ketika berkunjung ke rumahnya.

Ujarnya, waktu itu warna kulit serta wajah anak mereka menjadi pertikaian.


Ujar Adam, mereka berasa hairan apabila melihat si anak tidak mengikut genetik si bapa berbangsa Cina yang berkulit cerah.

"Hmm... ingatkan anak Cina ni putih gebu. Hitam ikut mak dia.

“Kami mai (datang) jauh-jauh ni nak tengoklah kacukan anak Melayu Cina. Rupa Melayu la. Ikut mak dia banyak.

“Lepas ni kena tukar nama Melayu la,” demikian imbas Adam tentang kata-kata orang sekeliling terhadap dia dan isteri.


Foto: FB

Ujar Adam kata-kata berkenaan cukup menyentap hati isterinya hingga meminta agar tidak lagi menerima lawatan sesiapa pun ke rumah mereka.

Malah, akibat terkesan dengan kata-kata orang, isterinya mula menyangka bahawa Adam tidak akan menyayangi dan menyukai anak mereka sendiri gara-gara warna kulit dan rupa berbeza.

“Wife saya sentap sangat dengan kata-kata orang. Terus dia beritahu ummi yang dia taknak siapa-siapa datang melawat dia dah.

“Jangan kata orang luar, saya sendiri pun wife sampai terfikir yang saya tak akan sayang dan suka anak kami sendiri sebab warna kulit dan rupa berbeza. Kesan kata-kata orang tu sangat mendalam buatnya.

“Dalam otak dia fikir, saya akan biar dia membesarkan anak seorang diri sebab warna kulit anak hitam ikut dia. Tak nampak macam anak Cina pun,” jelasnya lagi.

Kata Adam, dia sendiri terkejut dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk mengabaikan anak sendiri hanya kerana tidak mengikut wajahnya.

“Mestilah saya sayang anak saya sebab tu darah daging. Comel ke tak... kira belakang. Hitam ke putih... kira belakang sebab cinta dan sayang tak kenal semua tu.

“So what kalau muka Melayu pun? Tak berdosakan? Dah wife saya Melayu. Takkan nak keluar macam Arab pula?,” soalnya dalam hantaran itu.

Malah, dia menegaskan bahawa isu mengenai anak merupakan satu topik sensitif.

“Bab anak ni memang parents terutamanya ibu sangat sensitif. Jangan cakap wife, saya sendiri pun sensitif apabila melibatkan anak.

“Benda paling sakit buat parents apabila lihat anak disakiti. Kalau orang sakiti kita tak apa. Jangan sesekali sakiti anak kita. Macam itulah.

“Kalau tak boleh bercakap baik, lebih baik diam,” ujarnya lagi.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 18-10-2022 12:30 PM
Biasanya ada nampak Chinese mixed dengan Indian.....anak-anak dorang Chindian ni rupa seperti orang Melayu warna kulitnya dan ada juga yang ikut warna parent yang berbangsa India......amat jarang yang berkulit cerah mengikut warna kulit parent Chinese.
Jarang pula nampak anak-anak kacukan Cina-Melayu...... tak tahu macam mana rupa mereka.
Ada sesiapa pernah tengok rupa anak Naza-Berjaya yang mixed tu?
Quote cranell 18-10-2022 12:34 PM
mulut tu cerminan hati...
Quote missyL 18-10-2022 01:02 PM
spiderman80: Biasanya ada nampak Chinese mi ...
spiderman80: Biasanya ada nampak Chinese mi ...


Ank me kacuk cina
Yg first ni mmg amoi
Second nti xthu la.
Kesian klo anak aku kene kutuk mcmnie nti lol

Tp Apakn daya mulut org mmg xleh tutup
Quote missyL 18-10-2022 01:03 PM
Btw sapa adam kelvin nie..

Quote missyL 18-10-2022 01:04 PM
spiderman80 replied at 18-10-2022 12:30 PM
Biasanya ada nampak Chinese mixed dengan Indian.....anak-anak dorang Chindian ni rupa seperti orang  ...

Anak naza ngn anak Vincent tan tu lebih pada gen anak naza..
Quote imransulaiman 18-10-2022 01:10 PM
Tu lah sebabnya mulut puaka ni layak kena robek.

Aku setuju je tak terima orang ziarah lepas bersalin ni. Nak mengelakkan kejadian macam ni lah..
Quote faraway1 18-10-2022 01:11 PM
Biasa sangat kena dek my daughter, jeling aje...
Quote Highflyer19 18-10-2022 01:11 PM
Warna tak penting asalkan sihat…
Quote ulamalu 18-10-2022 01:19 PM
Mmg warna darker lebih dominant dari yg cerah.
Quote noor2 18-10-2022 01:21 PM
faraway1 replied at 18-10-2022 01:11 PM
Biasa sangat kena dek my daughter, jeling aje...

Mat saleh ke yg kutuk tu Far....ke orang Malaysia
Quote ahhhhhhhh 18-10-2022 01:25 PM
Makcik aku ckp gini eh die ni sebiji eh bapak die knp x muke emak? Sbb bapak die mmg x hensem so ko paham2 la rase mcm nk lempang je mulut mcm ni. Aku hanya ckp dlm ati muke ko dah mcm iras2 monyet pon aku x pnh nk bagitau.
Quote Perawankota 18-10-2022 01:37 PM
Moyang aku baba melaka. Adik mak aku mmg muka cina betul. Mak aku putih tapi nampak gen melayu.

Aku cukup tak suka org yang yg suka banding2kan baby ni... Tak kisah lah gen ikut belah mana pon, asalkan baby membesar dengan sihat dan cerdik

Quote margo20 18-10-2022 01:41 PM
Anak aku sebiji ikut bapak dia kalau dgn aku dorg pelik tp bila ada skali bapak dia dorg ok
Quote kemaruk 18-10-2022 01:56 PM
spiderman80 replied at 18-10-2022 12:30 PM
Biasanya ada nampak Chinese mixed dengan Indian.....anak-anak dorang Chindian ni rupa seperti orang  ...

kalau anak cina yang bekulit gelap, bangkem assume anak angkat jah

kulit abam spenderman rupa macam ape pulak?
Quote shernazz 18-10-2022 02:03 PM
spiderman80 replied at 18-10-2022 12:30 PM
Biasanya ada nampak Chinese mixed dengan Indian.....anak-anak dorang Chindian ni rupa seperti orang  ...

Ada je kawan iols kawen cina
Anak oertama mmg muka melayu habis...kulit.pung tak berapa cerah
Anak 2nd ikut ayah dia...muka cina..
Mmg.kalau temgok bukan nampak.cm.adik beradik pung...iols.tak.oernah pula tanya soklan2 sensitif sebab mmg tau depa.anak2 kawan iols.kan..kacukan tak.semestinya semua sama.je
Quote supernaturalee 18-10-2022 02:06 PM
spiderman80 replied at 18-10-2022 12:30 PM
Biasanya ada nampak Chinese mixed dengan Indian.....anak-anak dorang Chindian ni rupa seperti orang  ...

schoolmate dulu ada sorg chindian
rupa mmg melayu habis
ms tu x tau lg
duk pelik dah
ade jgk ye malay yg pakai pinafore
sbb semua malay di sekolah pakai baju kurung

bila dh kenal2 br lah tau

tp dia dominan chinese
sbb gang dgn chinese
speaking chinese
tp bila sembang dgn melayu2 ni fasih je ckp melayu
lg la klu kat luar pakai baju biasa org akn kata malay
infact sheols ade iras my cousin yg totok melayu

Quote ninja boy 18-10-2022 02:11 PM
Edited by ninja boy at 18-10-2022 02:13 PM

Bak kata bos ai, jgn main2 mengumpat bahasa cina kat ofis, cina2 sembang cina congceng2 kat ofis, tup2 mamat melayu itu cakap cina berabuk setelah diam2 kat ofis selama 8 bulan, huhu
Quote acikhan 18-10-2022 02:11 PM
mcm adik badik Bernard Chandran la kan.. 3 beradik semua lain2 n si kakak muka indian, Bernard mcm cina n adik pompuan die mcm melayu... 3 beradik semua cantik2 n Manis time muda2 dulu la
Quote ninja boy 18-10-2022 02:15 PM
Ada juga cina berkulit gelap setelah bertahun2 kerja tengah panas matahari

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.077095 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top