CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Isteri DDNK Dedah Belum Terima Nafkah Edah Dan Harta Sepencarian Sepanjang 20 Tahun Kahwin

18-10-2022 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4834| Komen: 55

Bekas isteri Datuk Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, Hasmawatie berkongsi perkembangan berkenaan tuntutan-tuntutan sepanjang pekahwinan mereka yang belum lagi selesai.


Hasmawatie atau dikenali sebagai Atielia De Sams mendedahkan di Facebook yang dia sedang menghadiri mahkamah untuk kes tuntutan berkaitan nafkah anak serta tunggakan nafkah edah buatnya.

Foto: FB

Hasmawatie dan peguamnya telah berjuang bagi mendapatkan hak-hak yang sepatutnya menjadi miliknya ketika bergelar isteri sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya, dia ada penghantar proposal untuk menyelesaikan tuntutan secara baik namun hanya sekali sahaja dibalas dan seterusnya masih dengan jawapan sama. Jadi, dia merasakan tindakannya meneruskan kes adalah tepat.


Menurutnya, tuntutan yang diminta ialah nafkah edah termasuklah harta sepencarian sepanjang perkahwinan mereka.




Dia akui tidak akan ‘move on’ untuk semua tuntutan buat dirinya serta anak mereka.

Di akhir perkongsian Hasmawatie, dia meminta agar orang ramai dapat mendoakannya dalam berjuang mendapatkan hak dan akan membuat pendedahan kali ketiga di mahkamah kelak.

Di ruangan komen, netizen telah meninggalkan pelbagai maklum balas yang kebanyakannya menyokong tindakan berani bekas isteri DDNK.

Mereka juga meminta agar wanita itu terus mendapatkan haknya serta anak kerana ia adalah tanggungjawab pakar saham terbabit walaupun dia sudahpun berkahwin lain. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 18-10-2022 10:57 AM
you go girl
Quote azimodin 18-10-2022 11:53 AM
Tuntut jangan tak tuntut.. jangan biar penyondol manjahhh rembat semua
Quote naj13 18-10-2022 12:30 PM
Nafkah masa iddah patut bagi jer la, tak perlu sampai bekas isteri kena tuntut kat mahkamah

Bab harta sepencarian tu mmg take 4-5 years juga laa kalau bawa ke mahkamah.. be financially, mentally & emotionally prepared jer la
Quote Page88 18-10-2022 12:31 PM
Hhhmmm....
Quote mamaazim 18-10-2022 12:34 PM
nafkah edah wajib bagi aisshhhh jgn bagi malu ddnk. tak hemsem tak pe jgn zalim...
Quote missyL 18-10-2022 01:06 PM
Kaya kedekut cmnie buat ape
Dahla xensem kedekut plk

Puiii oi
Quote nenekglamer 18-10-2022 01:17 PM
Setelkan la hal ex wife n anak tu cepat2 n then ulit n gentel la simanjah tu sepuas hati dgn tenang. Jgn fikir sedap dunia je pacikk oii..
Quote alieyrina 18-10-2022 01:22 PM
Tuntut sampai tggai spender laki bini tu sis
Quote amyza 18-10-2022 01:24 PM
Tayang naik kapal mcm berduit sangat cerai isteri then halau keluar dari rumah kelamin sbb nk bawak masuk bini serombong. Kemain canang jutawan, nafkah eddah pun semput nak bayar. Bagus kasi terduduk dia ni. Tuntut habis²an sister!!
Quote novlin 18-10-2022 01:27 PM
boleh rujuk kes rita rudaini... berguru lah dgn sheols...
Quote asamfish 18-10-2022 01:45 PM
Tuntut sampai tinggal spenda!  You go gal!
Quote green~tea 18-10-2022 01:51 PM
Go go 1st wife goooo..  fikir kan masa depan anak2 tu.. jangan duk kasi PENYONDOL naik tocang... mesti the husband tetap kasih cinta pada anak2 walau PENYONDOL gila kuasa nak kongker semua..

Lagi syok puak penyondol tu takdak zuriat sendiri nak kasi pusaka esbi esbi esbokk  BERRRRjuta kamu apa tahu
Quote nurul_akmar 18-10-2022 01:55 PM
Kenapa ex-napi kena penjara bila dia x bg napi jumpa anak tp ddnk ni x kena ape2 bila lengah2kan nafkah? Kalau la ada wakil mahkamah syariah yg boleh jawab soklan ni. Byk kes yg similar ni
Quote naina 18-10-2022 02:03 PM
Aku dapat rasa bbnk bakalan lingkup terduduk
Dengan kes nafkah tertunggak nya
Kes lesen suspended nya
Hai laaa suweiii bini baru
Tapi takpe. Ko restart lah balik life dari bawah tu macam dengan ex wife dulu. Cam tak biasaaa
Quote Cassieopeia 18-10-2022 02:06 PM
kawin habis ribu riban takkan nafkah xleh bagi ye dok
Quote Kitty_catz 18-10-2022 02:20 PM
So tagline ulat dlm batu pon boleh idop tu tabbley pakai la ekk

Ang yg tak duk dlm batu pun semput bk bg ex wife..
Quote syamzana 18-10-2022 02:28 PM
tuntutttttr jgn sesekali 'move on' dgn hak kita. kalau blh ambil habis hasil gigih uols ms berkelamin tu. ngek laa jantan keparat ni, nafkah ms eddah pun tak bagi ke sbb byk berabes kenduri beast and the beast baru ni
Quote sarahmirza 18-10-2022 02:40 PM
Betul.ke setiap tuntutan dari bekas isteri kena buka fail berasingan?

Sebaik sahaja cerai disahkan... Kena buka fail
1. Nafkah edah
2. Nafkah anak sementara
3. Hadanah (hak jagaan anak) - bila ni dah dpt keputusan anak bawah jagaan mak baru boleh bukak fail
4. Nafkah anak
5. Harta sepencarian

Kalau betul la kan.... No wonder la cousin i tetiba amik lesen praktis syariah pulak... Byk business
Quote green~tea 18-10-2022 02:51 PM
Edited by green~tea at 18-10-2022 03:00 PM
sarahmirza replied at 18-10-2022 02:40 PM
Betul.ke setiap tuntutan dari bekas isteri kena buka fail berasingan?

Sebaik sahaja cerai disahkan. ...


Betul... setiap satu kes tu file asing2.. sbb ada kat mahkamah rendah syariah, ada mahkamah tinggi.. buka file saja rm2k per case... as case progress, boleh jadi 4k sampai belas2 or puluh2 ribu per case.. open file isteri yang bayar, dengan lawyer fee memasing,masing2 la bayar... mcm i dulu 36k including open file, sbb I amek lawyer ... my ex kena rm80k lawyer fee sbb dia amek celebrity lawyer (dato')

1. Tuntutan cerai (cara baik, hakam, fasakh, taklik)
2. Iddah, mutaah
3. Nafkah tertunggak
4. Hadhanah / joint custody agreement
5. Harta sepencarian

Lepas keluar perintah bersih mahkamah, boleh execute pindah milik atau jual harta.. biasa total cases tu selesai dalam 2-3 tahun.. divorce is not cheap, yg penting clean cut

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.042295 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top