BATU PAHAT – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan menyebabkannya terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner (ACP) Ismail Dollah berkata, kejadian dilaporhan berlaku kira-kira pukul 9.40 malam tadi di kilometer 110.5 Jalan Johor Bahru – Melaka berhampiran pekan Yong Peng. Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Pekan Ayer Hitam ke Yong Peng selepas selesai tugas menghantar pesanan makanan. “Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke Yong Peng, apabila sampai di lokasi kejadian secara tiba-tiba motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terjatuh ke laluan bertentangan.
“Bagaimanapun kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut Ismail, akibat daripada kecederaan di bahagian kepala, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HDMI) untuk proses bedah siasat. Ujarnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (API) 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. -CARI Sumber: Kosmo
|
gigahertz replied at 18-10-2022 10:53 PM
Ni mesti tayar pancit. Tgk gambar pakai rim.lidi
cmf_almondpecan replied at 18-10-2022 11:12 PM
Rim lidi boleh jadi pancit ye?
BartholomewKuma replied at 18-10-2022 11:32 PM
rim lidi la pancit baq hang, kalu rim hat tebai hat orang panggil sport rim tu dia pakai tubeless. ...
cmf_almondpecan replied at 18-10-2022 03:12 PM
Rim lidi boleh jadi pancit ye?
gigahertz replied at 21-10-2022 03:39 PM
Rim lidi biasa pakai tayar tiubtiub pancit motor hilang kawalan
cmf_almondpecan replied at 21-10-2022 12:32 PM
Oh barulah tau. Thank you.
ADVERTISEMENT