CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tayang Badan Untuk Motivate Orang Lain, Fadlan Akan Cuba Elak Dedah Aurat

17-10-2022 11:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1217| Komen: 3

Fadlan Hazim atau nama sebenar Fadlan Hazim bin Anuwar  dan juga merupakan salah seorang bekas ahli kumpulan VIP yang berada dibawah naungan KRU Talents pernah menjadi bualan hangat netizen berhubung posting ‘tayang badan’ di laman sosial instagramnya. 


Ada juga yang mengatakan bahawa isu tayang badan sekarang menjadi satu trend buat artis lelaki yang kacak dan sado di media sosial.


IG Fadlan

Murai My menemu ramah Fadlan bagi berkongsi pandangan dan juga pendapat mengenai isu tayang badan. 

Katanya, setiap benda yang dilakukan semestinya mempunyai niat dan tujuan yang tersendiri dan niatnya berkongsi gambar tayang badan hanyalah untuk memberi motivasi terutama peminatnya.


"Sebenarnya, benda itu terpulang kepada apa tujuan diorang tayang badan. Macam saya fikir saya tayang badan untuk ‘just tayang badan’. That all. Cuma nak try motivate orang especially my followers dengan peminat yang kita harus menjalani hidup sihat," jelasnya.


IG Fadlan

Menurut Fadlan, dia tidak akan menayangkan badan secara berlebih-lebihan dan terlampau terbuka. Dia juga mengatakan dia akan mencuba untuk mengelakkan dari memuat naik gambar yang menayangkan auratnya. Tegasnya lagi, niatnya hanyalah untuk mempamerkan gaya hidup sihat sahaja.

"Tapi hobi asalkan benda itu tidak melebih-lebih, terlampau terbuka, tak masalah. cuma saya akan mengelakkanlah dari tunjukkan banyak-banyak which is aurat pusat dan kebawah. Tapi tujuan saya hanyalah untuk mempamerkan gaya hidup sihat. Itu sahaja," katanya.



Fadlan akui tentang kesilapan yang telah dilakukannya itu. Katanya, dia jarang berkongsikan gambar yang agak menunjukkan tubuh badan di media sosial miliknya setelah apa yang berlaku. Dia hormat hak semua orang untuk menerima atau tidak perkongsiannya itu.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 17-10-2022 11:31 PM
Style org melayu, aurat=pusat
Kalau amik dr blkg walaupun sampai bawah pusat xpe
Nmpk lutut xpe
Just pusat je aurat.
Quote mamajawie 18-10-2022 12:41 AM
Jadi hero berlakon dengan kemut pun masih tenggelam lagi dia ni
Quote Themilo 18-10-2022 07:43 AM
mamajawie replied at 17-10-2022 04:41 PM
Jadi hero berlakon dengan kemut pun masih tenggelam lagi dia ni

tunggu leak jaa baru letopan.. iols dah get ready jaa ni..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.050632 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top