Seorang ibu baru-baru ini meluahkan rasa terkejut apabila menemui jarum yang hampir berkarat di dalam lampin bayi yang baharu dibelinya.
Malah, jarum itu tercucuk pada anaknya dan mencederakannya. Ibu bayi itu, Moerike Martin mengaku membeli lampin bayi berjenama ‘Pampers’ melalui laman web popular, Amazon. Susulan kejadian yang menimpa anaknya, Moerike menghantar peguam untuk menghubungi pihak Amazon dan jenama ‘Pampers’ untuk mendapatkan penjelasan. Pihak pengeluar lampin bayi jenama “Pampers” dikatakan menawarkan kad hadiah bernilai USD50 kepada Moerika supaya isu itu tidak dipanjangkan.
Dia juga turut menasihati ibu-bapa di luar sana supaya berhati-hati membeli janama tersebut selain memeriksa terlebih dahulu sebelum memakaikan lampin bayi. Sumber: Suara Merdeka |
ADVERTISEMENT