CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Patutnya Saya Pecat Semua Sekali, Tapi Saya Orangnya Baik' - PM

17-10-2022 09:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1587| Komen: 8

"Patutnya saya pecat semua sekali (12 menteri) Tetapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik, lemah lembut, tetapi bukan 'lembut'," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Beliau berkata demikian pada Majlis Solidariti Kestabilan & Kemakmuran Negeri Perak di Kompleks Umno Bagan Datuk, di sini, hari ini.

Perdana Menteri dipercayai merujuk kepada 12 menteri Perikatan Nasional (PN) yang menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah pembubaran Parlimen.


FB Ismail

Beliau berkata, isu mengenai pembubaran parlimen sepatutnya tidak dipersoalkan terutama dalam kalangan anggota Kabinet kerana ia dijalankan mengikut proses yang ditetapkan dalam Perlembagaan.


Malah, katanya, hasrat untuk membubarkan Parlimen turut dimaklumkan secara isyarat bayangan dalam mesyuarat kabinet terakhir iaitu sebelum pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober.

"Saya bawa dalam (mesyuarat) Kabinet supaya Kabinet tahu niat saya membubarkan parlimen.

"Memanglah ada pelbagai pandangan, tetapi akhirnya saya membuat keputusan.

"Saya beritahu dia orang kalau 'you all' (awak semua) tak setuju, saya bubarkan sahaja kabinet ini," katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri dilapor berkata, tindakan tidak wajar 12 menteri Kabinet daripada PN yang mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membantah pembubaran parlimen dilihat mencetuskan ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau dipetik berkata, tindakan menteri terbabit jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri yang sekali gus mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri sekali lagi turut mempersoalkan tindakan pembangkang yang mempertikaikan keputusan pembubaran parlimen hingga sanggup memfailkan saman di mahkamah.

Merujuk tindakan penyandang Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang memfailkan saman terhadap beliau susulan pembubaran parlimen, Ismail Sabri berkata, pembangkang sepatutnya seronok apabila parlimen dibubarkan.

"Sebab pembangkang kata kerajaan hari ini tidak berapa sah, kerajaan hari ini 'kerajaan tebuk atap', kerajaan hari ini 'tebuk dinding', kerajaan hari ini kerajaan 'tebuk pintu belakang'.

"Berbagai-bagai tuduhan yang dibuat mereka tentang keabsahan kerajaan yang ada pada hari ini. Kalau macam tu elok kita bubarkan. Ini, saman kita pula," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 17-10-2022 09:46 PM
Hhhhmmm...
Quote Suchi 17-10-2022 10:26 PM
Edited by Suchi at 17-10-2022 10:27 PM

Jap yg 12 orang PN tu sapa ye?
Pastu ikutkan mmg dulu masa langkah sheraton ke apa tuh semua pakat mcm suh buat PRU tapi tak buat juga bertahan la juga walau sekejapan sblm kabinet dapur abah tu kena roboh. Ganti kabinet baru pak long mael pun sama gak roboh  juga.
Lepas PRU 15 ni ntah berapa lama plak kabinet baru tu bertahan.
Quote Goodluckdontcry 17-10-2022 10:32 PM
Bak perasan ngaku Diri sndr baik ni..den insoff SBB kehkehkeh Dulu2 pun den selalu mengaku Diri berkerak den baik orgnya...

Hinggalah satu Hari..kata2 yg kuar Dr Kwn sekuliah den..'org yg baik, xkan mengaku Dirinya baik'... Oh makan Dalam sungguh..terasa hati den mengecut terkesima dgn kata2 ITU... kehkehkeh sejak ITU..den insoff

So pokcik mail...jgn perasanlah Diri KO Tu baik Sgt..setiap manusia Ada Sisi baik Dan jahatnya msg2.. cuma kalau yg baik mengatasi yg jahat..bagusla..kalau sebaliknya... wanauzubillahi minzalik..
Quote Orenn1 17-10-2022 10:36 PM
Suchi replied at 17-10-2022 02:26 PM
Jap yg 12 orang PN tu sapa ye?
Pastu ikutkan mmg dulu masa langkah sheraton ke apa tuh semua pakat m ...

Masalahnya umno bila dorg tak menang elcrion tak jadi kjaan dorg buat kucar kacir demi nak rampas kuasa balik walau dgn cara apa sekalipun. Bila dah rampas pun gaduh2 lagi sbb kena share kuasa sbb tu berapa kali robohhh. Dulu dorg jadi kjaan berpuluh tahu takde siapa kacau org terima, tp bila dorg kalah menggeluporr buat kacauu sampaiiilah dorg kena dpt balik kuasa. Apa punya bangsattt perangaiii!
Quote kaseh80 18-10-2022 07:58 AM
Baik sgt
Quote Omai 18-10-2022 09:44 AM
awak terlalu baik untuk saya
Quote epullipan 18-10-2022 10:44 AM
ni yangkes anta surat bantah pembubaran tu kan..in the end bubar jugak...ko nak pecat pecat je la mail
Quote nusaraya 18-10-2022 02:12 PM
Pak Mael itu orang baik ... tetapi terlalu  bodoh sehingga  mudah dikendalikan oleh pihak lain selama menjadi PM ...Banak hal dicetuskan selama memerintah .. seperti keluarga melayu, bahasa melau untuk ASEAN, menafikan  bahasa indonesia etc etc .. tetapi sayangnya semua konsep pemikiran Sabri semuanya didasarkan atas dasar ilusi atau haluniasi belaka .. X brdasar atas fakta-fakta yang ada ...

Jika nak realistik.. memangnya Malaysia dibentuk dari 3 bangsa besar .. melayu, cina dan india ..so jika ingin malaysia terus berjaya ... pertahankan starus quo itu selamanya .... masalahnya banyak ultra nasionalis melayu yang nak ubah hal itu dan ditakutkan akan menjadikan malaysia sebagai sebuah negara ,,,,

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.042155 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top