CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harapan Vaksin Kanser Tersedia Menjelang 2030

17-10-2022 09:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 804| Komen: 5

Saintis-saintis menjangkakan vaksin untuk pesakit kanser akan mula tersedia pada dekad akan datang, lapor akhbar The Sun semalam.

Pengasas BioNTech, Profesor Ugur Sahin dan isterinya, Ozlem Tureci berkata, pembangunan dan kejayaan vaksin koronavirus sebelum ini telah menggandakan usaha mereka dalam menghasilkan vaksin untuk kanser.


Bloomberg

“Kami telah mempelajari mengenai cara menghasilkan vaksin yang pantas dan lebih baik. Kami juga mengetahui bagaimana sistem imunisasi bertindak balas.

“Ini sudah pasti mempercepatkan penghasilan vaksin kanser kami. 


“Sebagai saintis, kami sentiasa teragak-agak untuk mengatakan bahawa kami mempunyai penawar kanser. Kami telah melakukan beberapa pencapaian dan akan terus melaksanakan kajian,” kata Tureci.


The West Australian

Ketika ditanya mengenai jangka masa vaksin kanser boleh mula didapati, Sahin berkata, ia berkemungkinan sebelum tahun 2030.

Pasangan saintis tersebut mengasaskan syarikat farmaseutikal, BioNTech di Mainz, Jerman pada 2008 dan berusaha untuk merintis imunoterapi kanser yang disesuaikan dengan keadaan pesakit secara individu.

Penggunaan teknologi mRNA yang dibangunkan mereka muncul ketika pandemik dan menurut pasangan itu, pengalaman tersebut telah membantu memacu kajian mereka. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 17-10-2022 09:41 PM
Nice article.
Quote Buritan 17-10-2022 09:58 PM
Page88 replied at 17-10-2022 09:41 PM
Nice article.

Moga kanser mmg boleh diubati.. sian tgk depa
Quote kakikuDibibirmu 17-10-2022 10:01 PM
Vaksin untuk lawan virus, kanser tu virus ke?
Quote zuriey 17-10-2022 10:51 PM
Edited by zuriey at 17-10-2022 10:52 PM
kakikuDibibirmu: Vaksin untuk lawan virus, kans ...


Ada yg jenis virus HPV tu boleh jadi kanser serviks anal, oral. 16 jenis tak silap sbb i baru pg buat hpv test last month
Quote hayrin86 18-10-2022 08:49 AM
OK la nih..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049258 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top