CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Motor Bergesel Dengan Tayar Lori, Nenek Maut Ketika Hantar Cucu Ke Sekolah

17-10-2022 09:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 937| Komen: 1

Seorang wanita maut manakala suami dan cucunya cedera setelah motosikal ditunggang mereka bergesel dengan sebuah lori di Jalan Chepor di sini pagi tadi.

Difahamkan, kejadian sekitar pukul 7.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Siti Hazizah Ismail, 57, dan suami dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar cucu mereka berusia sembilan tahun ke sekolah.


Keadaan motosikal ditunggang suami isteri dan cucu mereka yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Chepor, Ipoh hari ini. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL

Pasangan itu dikatakan berpatah balik ke rumah bersama kanak-kanak itu selepas mendapati sesi persekolahan ditutup hari ini.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, ketika kejadian motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang suami isteri bersama cucu perempuannya dalam perjalanan dari arah Meru ke Chemor.

Katanya, sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan lalu bergesel dengan tayar belakang lori yang datang dari arah Tronoh.

“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omai 18-10-2022 09:44 AM
salam takziah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.044568 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top