CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cair Dengan Madah ‘Jurutera New Zealand’ Sampai Kerugian RM1.4 Juta

17-10-2022 09:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1329| Komen: 11


Terjerat love scam warga Nigeria yang menyamar kononnya bekerja sebagai jurutera yang bekerja di New Zealand menyebabkan seorang wanita kerugian RM1.4 juta.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pada April 2022, pengadu seorang wanita warga tempatan berumur 54 tahun telah berkenalan dengan seorang lelaki warga asing melalui Facebook.

Katanya, daripada perkenalan itu suspek meneruskan perhubungan menerusi aplikasi WhatsApp dengan menggunakan nombor telefon antarabangsa.


Gambar hiasan

“Sepanjang tempoh perkenalan tersebut mangsa mengesahkan tidak pernah berjumpa dengan suspek dan mangsa telah diyakinkan oleh suspek bahawa beliau bekerja sebagai seorang jurutera di New Zealand.

“Pada April hingga bulan Oktober tahun ini suspek telah meminta mangsa untuk mendahulukan wangnya bagi membeli bahan mentah bagi projek yang dijalankan.

“Mangsa yang terpedaya dengan kata-kata suspek telah memasukkan wang ke dalam empat akaun yang berbeza sebanyak 37 transaksi membabitkan wang berjumlah keseluruhan RM 1,445,900,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, siasatan mendapati mangsa telah menerima panggilan dari syarikat penghantar barang, Global International Diplomatic Services, yang menyatakan terdapat barang milik mangsa dikirimkan suspek.

Menurut Mohamad Fakhrudin, pada 8 September lalu, dua suspek telah berjumpa dengan mangsa dengan membawa beg berisi wang sebanyak AS$4,200,000 (RM19.798 juta) untuk diserahkan kepada mangsa tetapi dengan syarat mangsa perlu mempunyai sijil pemilikan (ownership certificate) dan sijil asal (origin certificate).

“Jika tidak, suspek mendakwa mangsa perlu membayar yuran simpanan sebanyak RM170,000 tetapi mangsa menolak syarat itu kerana telah tiada wang dan mula menyedari ditipu selepas suspek meminta wang tambahan lagi bagi menampung pembelian bahan mentah bagi projek yang tidak diketahui oleh mangsa,” ujarnya.

Tambah beliau, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menyerbu sebuah restoran di OUG Parklane, di sini, dan menahan tiga lelaki warga Afrika berusia antara 35 hingga 48 tahun yang disyaki terlibat dalam kes penipaun ‘Love Scam’ itu.

Katanya, soal siasat mendapati ketiga-tiga suspek memasuki Malaysia pada 2019 dengan menggunakan Pas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Jelasnya, kesemua suspek kini direman empat hari dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 17-10-2022 09:36 PM
Ada 3 orang pompuan ai kenal irl yang jadi mangsa love scam. 2 keligs, 1 sedara. Dari pemerhatian diri ini, selayaknya mereka discammed kerana; a) terlalu mudah pircaya stranger online; b) orang nasihat pun tak mau dengar; c) dah kawin beranak pinak pun gigih kunun layan 'skandal'.

Tapi kesemuanya idok membabitkan duit juta2 la. Ribu2 barangkali ada. Kesah la akak. Kelig akak sorang itu lagik lq so bimbo bila akak kata "profile FB mamat ni nampak macam scammer la, baik ko takyah layan", boleh sheol reply, "tapi hensem la. Rugi la kasik lepas mana tau orang betul". Yeah right. Engineer chinks dok US and A sana nak berkenalan dengan ko yang literally kat the other side of his world, macam la takda berjuta pompuan kat sana untuk dia kenal2.
Quote Page88 17-10-2022 09:36 PM
These scammers are really too much.
Quote Page88 17-10-2022 09:37 PM
These scammers are really too much.
Quote Zack8hunter 17-10-2022 09:49 PM
aku heran tau lak scammer ni cari mangsa bimbo yg duit byk.. jutawan lak tu
Quote airfilterkotor 17-10-2022 09:50 PM
Walo apapun, kisah scammer estonot mintak duit utk turun ke bumi paling epic.
Quote Buritan 17-10-2022 09:55 PM
dua_chzy replied at 17-10-2022 09:36 PM
Ada 3 orang pompuan ai kenal irl yang jadi mangsa love scam. 2 keligs, 1 sedara. Dari pemerhatian di ...

Aku ade engineer mat saleh nak kenalan... sku onzzz.. dia mintak gambo aku bg gambo aci tgh noreh.. dia kata aku cantikkk.. aku onzzzz..dia mintak duit.. aku mintak duit dia balik.. hohoho.. hujung hujung cintaku yg suchi hilang tah kemana
Quote kepompong 17-10-2022 10:04 PM
Zack8hunter replied at 17-10-2022 09:49 PM
aku heran tau lak scammer ni cari mangsa bimbo yg duit byk.. jutawan lak tu

tak jugak… dia cuba SEMUA bakal mangsa. tak kisah la sengkek ke berduit. yg sengkek boleh pinjam2 kan… i ada kawan (sengkek)  yg iq negatif sebijik macam cerita yg kat post #1 . i cakap obvious la mamat tu scammer , dia pun cakap benda sama “mana tahu jodoh, dah la hensem blablabla” heh dia tahu tak scammer tu maksud apa??! benda tak wujud ! itu pun susah nak faham. Sangat pelik dia susah paham sbb dia engineer… tapi ntah la. i pernah jumpa doktor bimbo, cikgu bimbo, 2 kerjaya yg paling  org respect sgt..  & trust… so apa sgt la engineer bimbo kan.

tapi kawan i ni sengkek teramat2 … jenis boros tkde saving… sesen pun duit dia tak keluar lelama scammer tu pon ghosting   … baru2 ni terjumpa dia.. tny pakwe Turki yg reside US tu jadik ke nak kerja indon (last dia citer pakwe dia dpt offer kat indon , & request suruh carikkan rumah sewa kat malaysia, sbb nak kawen blablabla) Pastu dia kata , dah lama pakwe senyap tak reply apa2 . kira macam dah putus . i ckp dlm hati, belum ada ikatan putus mender

cuma i nak puji kawan i sungguhpun dia jenis degil tak dengar nasihat orang, tapi tkde la bergolok gadai jual rumah semata2 percaya scammer, masa scammer tu ckp pasal carikan rumah kat KL, kawan i ckp kat scammer tu dia dah beli rumah kat melaka, nak buat apa cari rumah kat KL. Means dia mmg bimbo, tapi tkde la sampai tergadai harta benda
Quote rogayahtop 18-10-2022 01:48 AM
ramai sgt kat fb tu. tgk2 je la profile makcik2 mesti ada "mat saleh" ni. jantan pun ada terkena tp tak report malu. kalau kena scam lepas tumbuk lesong mmg ada la yg menjual video tu kat twitter. katanya pondan yg catfish.
Quote meshni 18-10-2022 07:56 AM
airfilterkotor replied at 17-10-2022 09:50 PM
Walo apapun, kisah scammer estonot mintak duit utk turun ke bumi paling epic.

Lol
Kisah acik Nihon bayar tambang boipren astronaut mendarat ke planet bumi tetap immortal.
Quote achinto 18-10-2022 04:52 PM
dua_chzy replied at 17-10-2022 09:36 PM
Ada 3 orang pompuan ai kenal irl yang jadi mangsa love scam. 2 keligs, 1 sedara. Dari pemerhatian di ...

I pun ada kenal sorang kawan, mangsa scam. takde la juta tapi dalam rm10k jugak. Scammers ni memang akan target perempuan yang desperate, low self-esteem dan sunyi. like what you said, kalau kita fikir logik, laki tu engineer/ doktor/ pilot kat London/ UK, helok helok belaka kot kenapa pulak nak bercinta dgn kita yg marhaen ni.

Quote ifanonline 18-10-2022 04:54 PM
mangsa ramai andartu junior, senior dan forever

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.124884 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top