CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bung Moktar Tenang Tular Berita Menghadap TYT Dengan Hajiji

17-10-2022 09:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 972| Komen: 8

Pejabat Timbalan Ketua Menteri Sabah menafikan berita yang ditularkan di aplikasi WhatsApp bahawa Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan beliau bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada jam 2.30 petang Ahad.


Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri, Jaafar Abd Wahid berkata, perkara yang ditularkan dalam kumpulan WhatsApp itu adalah tidak benar dan sengaja ditularkan oleh individu tidak bertanggungjawab ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung.


FB Bung Moktar

"Saya dihubungi oleh rakan-rakan bertanyakan kesahihan berita tersebut sedangkan pada sebelah pagi saya bersarapan pagi bersama Bung Moktar di kediamanya sebelum menghantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) untuk ke Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Jaafar berkata, dia sempat menujukkan berita yang tular itu kepada Bung Moktar sambil meminta dirakamkan gambarnya dan memuat naik sendiri di media sosial miliknya.

"Dia tulis dalam media sosialnya 'Saya tidak tahu bagaimana berita kepada kawan ini berlaku, apa pun saya tetap tenang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur'," katanya.

Pada masa sama, Jaafar difahamkan Hajiji berada di Kota Marudu bagi menyempurnakan program jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Saya telah meneliti keratan akhbar ditularkan itu, ia adalah berita yang diterbitkan dalam berita dalam Astro Awani pada tahun 2020 selepas Pilihanraya Negeri ke-16 (PRN16)," katanya.



Ujar beliau, perkara itu dimanfaatkan oleh cybertrooper pembangkang ekoran timbulnya khabar angin yang menyebut beberapa wakil rakyat keluar parti dan akan meninggalkan GRS.

"Perbuatan menyebarkan berita palsu ini merupakan salah satu usaha pihak pembangkang untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan penyokong GRS dan BN khususnya ketika berhadapan dengan PRU15.

"Orang ramai diharap tidak mudah percaya sebarang berita palsu dan menyebarkannya sebelum mendapat maklumat sahih," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 17-10-2022 09:21 PM
Bung bung cikecikecike bung bung bung Kenabatangan

[youtube]lOj0JIMYl5k[/youtube]

Can you speak English?

[youtube]GlUcn2Tmnqk[/youtube]

[youtube]YMYwqCGaF48[/youtube]
Quote Omai 18-10-2022 09:47 AM
macam mane lah bini dia boleh berselera dengan dia ye...
Quote rbmy 18-10-2022 09:53 AM
Omai replied at 18-10-2022 09:47 AM
macam mane lah bini dia boleh berselera dengan dia ye...

duit dia buat berselera..
kalau bini tua ok lg, yg zizie tu ntah apa camana mereka smpai dapat anak banyak tu..
dalam gelap kot. ke dia duk kata fuck you2  HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA
Quote Simunggu 18-10-2022 10:17 AM
ambillah mandat baru....bubar shj DUN Sabah
Quote alesandra 18-10-2022 10:31 AM
Bangsatnyer klau ada niat nak bubar.yg dulu tu kenapa ko nak gatei bijik nak prn?sesedap rasa je ko nak pru mcm reta negara ni abah kau punya.
Quote Omai 18-10-2022 03:54 PM
rbmy replied at 18-10-2022 09:53 AM
duit dia buat berselera..
kalau bini tua ok lg, yg zizie tu ntah apa camana mereka smpai dapat an ...

ayat last kau kelakar la...
Quote ninja9 18-10-2022 04:14 PM
Omai replied at 18-10-2022 09:47 AM
macam mane lah bini dia boleh berselera dengan dia ye...

bini dia dah buat pengakuan terbuka sebab duit

Quote rbmy 19-10-2022 07:06 AM
Omai replied at 18-10-2022 03:54 PM
ayat last kau kelakar la...

terbyg sis. video kat parlimen ni bicara wakil rakyat pastu terbayang dia kat rmh. aduh.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.075689 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top