Elon Musk menyuarakan kebimbangan terhadap laman web kontroversi, Mirotvorets apabila namanya antara yang tersenarai sebagai musuh Ukraine, lapor laman berita RT kelmarin.
Manusia paling kaya di dunia itu didakwa mengugut untuk memotong pembiayaan perkhidmatan satelit Starlink yang memberikan liputan internet di Ukraine. Sistem itu diketahui disambungkan kepada peralatan kerajaan di Kiev. “Adakah senarai ini benar? Apakah URLnya?” tanya pengasas Tesla dan SpaceX itu dalam satu ciapan sebagai tindak balas kepada wartawan yang berkongsi tangkap layar dan mendakwa namanya ditambah ke pangkalan data Mirotvorets.
“Saya telah bercakap dan menulis tentang senarai ini selama bertahun-tahun, selepas berada dalam senarai ini pada 2019, tetapi sekarang Musk pula tersenarai, selepas Roger Waters dan lain-lain,” tulis Bartlett . Nama Musk didapati tiada dalam senarai tersebut pada Sabtu lepas setelah beliau menarik semula ancaman untuk menamatkan pembiayaan Starlink. Menurut beberapa laporan, aktivis-aktivis Ukraine mendakwa laman web tersebut palsu dan menggelarnya sebagai provokasi Rusia. Mirotvorets atau maksudnya ‘pendamai’ adalah pangkalan data individu bebas yang dianggap oleh moderator misteri sebagai ancaman kepada keselamatan negara Ukraine. Laman web itu menafikan bahawa ia membekalkan senarai bunuh sebaliknya mendakwa sebagai sumber maklumat untuk agensi penguatkuasaan undang-undang dan perkhidmatan khas mengenai pengganas pro-Russia, pemisah dan penjenayah perang lain. Ia didakwa mempunyai kaitan dengan Kementerian Dalam Negeri Ukraine. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT