Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengakui ramai rakyat Indonesia mengadu, mengeluh melihat gaya hidup mewah diamalkan pasukan polis elit.
Ia kelihatan menerusi penggunaan kenderaan mewah sehingga pakaian berjenama mahal. “Saya menerima terlalu banyak aduan, keluhan dan laporan mengenai gaya hidup anggota polis dan sedikit sebanyak hal itu menjejaskan imej pasukan keselamatan di negara ini. “Sekarang ini, semua hal akan diperhatikan masyarakat, tidak kiralah urusan apa pun, semuanya diteliti.
“Sebab itu, saya sering nasihatkan kepada semua penjawat awam supaya tidak terlalu menunjuk dalam apa jua aspek, terutamanya mengenai kehidupan harian memandangkan pelbagai lapisan masyarakat berdepan krisis ekonomi ketika ini,” katanya dipetik dari CNN Indonesia. Sehubungan itu, Jokowi meminta semua institusi polis supaya tidak terlalu menonjolkan gaya hidup mewah mereka. “Jangan terlalu bangga menunjukkan anda mempunyai kenderaan besar, motor besar. Saya ingin nasihatkan supaya hati-hatilah,” ujarnya. Selain itu, Jokowi juga mengingatkan semua anggota polis supaya peka dengan keadaan ekonomi semasa di mana 66 negara di seluruh dunia ketika ini berdepan situasi krisis ekonomi. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT