Tya Arifin pada majlis sidang media program bual bicara, Next to Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil baru-baru ini, mendedahkan keluarganya pernah berdepan masalah kewangan berikutan ibunya ditipu seorang ahli politik sehingga mengakibatkan keluarga mereka berdepan masalah kewangan.
Tya atau nama sebenar, Nurtria Wulandari Arifin, 28, berkata, insiden yang berlaku ketika dia masih bersekolah itu sangat memberikan kesan apabila ibunya kehilangan segala harta dalam sekelip mata. “Kami hilang kereta, rumah dan tanah hasil titik peluh selepas ibu ditipu seorang ahli politik di kampung saya di Palembang, Indonesia.
“Lebih perit apabila ibu menurunkan tandatangan pada dokumen sehingga menyebabkan ibu juga terpaksa menanggung beban hutang,” katanya kepada MH. Usahawan selebriti dan pelakon asal Indonesia itu berkata, keseluruhan kisah ‘tragis’ melibatkan keluarganya itu bakal diceritakan menerusi program tersebut yang akan bersiaran bermula 22 Oktober ini di saluran Astro Ria, jam 10 malam. Selain Tya, antara tetamu lain yang bakal berkongsi kisah hidup mereka dalam rancangan tersebut seperti Datin Lisa Surihani, Diana Amir, Puteri Sarah Liyana, Ziana Zain dan ibu Neelofa sendiri iaitu Datin Noor Kartini Mohamed Noor. Pengasas jamu Mutyara ini berkata dia teruja dipilih sebagai salah seorang tetamu dan berterima kasih di atas sokongan yang telah diterimanya sepanjang menetap di Malaysia sejak mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid. “Saya gembira dengan perkembangan perniagaan jamu Mutyara dan terima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini,” katanya. Sumber: Media Hiburan
|
dudaberhias replied at 17-10-2022 07:21 PM
ada nak keluar produk baru ke tu... kan mo sifu dia bila nak keluar produk je maka terwujud lah satu ...
Kurex: Makin takde standard ahli kelu ...
ADVERTISEMENT