Undian Twitter Sinar Harian @SinarOnline bertajuk ‘Jika ini gabungan parti pada PRU15 nanti, pakatan mana jadi pilihan anda?’ menyaksikan Pakatan Harapan (PH) menjadi pilihan pembaca dengan undi sebanyak 66 peratus.
BN pula menjadi pilihan kedua tertinggi dengan 19 peratus undi diikuti 11.5 dan 3.4 peratus masing masing untuk Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA). Undian yang dimuat naik sejak 42 jam lalu bermula 14 Oktober itu, menyaksikan seramai 13,193 pembaca Sinar Harian mengambil bahagian bagi menzahirkan parti mana yang menjadi pilihan mereka pada pilihan raya akan datang.
Manakala untuk Sabah dan Sarawak, sejumlah 2,832 pembaca memilih Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan undian 59.4 peratus dan 40.6 peratus. Sementara itu di ruangan komen @Shah berkata, dia akan memilih GTA. “Kalau tiada GTA, aku cari dan undi Parti Muda, tiada Muda, kalau calon elok aku undi Pas. Tiada Pas atau calon Pas, aku undi PH,” katanya. Seorang lagi pembaca @ahmadafzal81, menyatakan PH akan menjadi pilihannya. “Kita nak Datuk Seri Anwar Ibrahim pimpin negara, belum cuba belum tahu!” katanya. Bagi @Saiful, dia tidak akan mengundi berdasarkan parti sebaliknya akan memilih wakil rakyat yang benar-benar berwibawa. “Aku undi yang perform bagus bukan yang perform bila nak PRU je. Semoga yang jadi wakil rakyat ini takut kalau tak perform,” ujarnya. Sementara itu, pembaca @Ahmad berpendapat GPS amat solid, manakala menolak Bersatu di Sabah. “Bagi Sabah, gabungan Bersatu perlu dinyahkan jika GRS ingin diundi oleh rakyat...GRS kena local parti...rakyat memerhati..sekian..” kata @Ahmad. Sumber: Sinar Harian
|
tripleid: Undilah dgn bijak.. 2561135
CiliPadiSedap replied at 17-10-2022 07:12 PM
ada yang nak jadi block BN tapi tak dapat hahaha. kan kecoh ada 12 ahli tidak sokong kepimpinan pm ...
ADVERTISEMENT