CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Naim Daniel Tengah Berbunga- Tak Nak Gelojoh, Masih Sorok Identiti Kekasih

17-10-2022 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2136| Komen: 15

Naim Daniel mengakui dirinya sudah mempunyai kekasih hati.

Memetik temu bual program Melodi TV3, Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin berharap agar semua mendoakan yang terbaik buat dirinya.


Foto: IG

“Alhamdulillah, Naim percaya setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.

“Naim minta jasa baik semua orang mendoakan yang terbaik dalam perjalanan peribadi naim ini. Apapun, saya akan fokus dalam karier walaupun seberbunga mana sekarang,” katanya.



Disoal adakah pasangannya itu seorang yang berada dalam industri seni, Naim tidak mendedahkan perkara tersebut namun hanya berharap proses perkenalan ini berjalan lancar.

“Dalam industri ke, luar ke, yang penting saya masih berbunga.

“Saya minta doakan yang terbaik sepanjang proses ini, saya takkan mendedahkan dahulu sebab apa-apapun tidak perlu kongsi kalau tak pasti.

“Sekarang masih dalam sesi kenal-mengenal, sebab benda ini tak elok terburu-buru,” ujar Naim.



Pelantun lagu Purnama ini juga memberitahu dia tidak mahu terburu-buru menuju ke fasa seterusnya malah bersyukur dengan kehidupannya sekarang yang dilihat bahagia.

“Naim pernah rapat, keluarga kami dah kenal rapat.

“Peminat saya pun dah tak sabar nak tengok saya kahwin, apapun saya tak mahu gelojoh, biarlah pengenalan atau pun momen-momen itu di antara saya dan dia dulu, saya tak mahu terburu-buru tetapi saya bersyukur saya bahagia sekarang.



“Saya dah menginjak usia ke 25 tahun ini, InsyaAllah pada masa akan datang saya cuba untuk fokus bukan sahaja pada karier mungkin pada diri Naim.

“Apapun, kita ada antara satu sama lain,” tutupnya.



Sebelum ini Naim juga pernah terpalit dengan gosip menjalin cinta bersama penyanyi Iman Troye pada tahun lalu namun mereka menafikan perkara tersebut. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anaktoyol 17-10-2022 08:10 PM
dengan bunga isme ker... ulang2 bg hint sedang "berbunga"
Quote DeLuna85 17-10-2022 08:57 PM
Berduit dia ni kan.
Quote .HannahMontana. 17-10-2022 09:18 PM
syukur lah rupa dan perangai serupa itu pun masih ada yang nak .

Quote dudaberhias 17-10-2022 09:25 PM
tumpang tanya... kekasih tu lelaki ke perempuan???
tanya je...
hati2 dikkk... jauhilah wannnnn cik man nak mandi ni...
Quote 3chanceno 17-10-2022 09:41 PM
anaktoyol replied at 17-10-2022 08:10 PM
dengan bunga isme ker... ulang2 bg hint sedang "berbunga"

Berbunga tak pe jangan berkumbang pulak
Quote KirazMevsimi 18-10-2022 07:58 AM
sapa sapa sapa hahaha kemain lebor senyum si naim kat melodi hari tu. moga bahagia dan dipermudahkan ALLAH segala proses. nikmati proses berbunga mu itu. haaa gituuuu hahaha
Quote jemahjacjon 18-10-2022 08:02 AM
Ohhh igt gayah bottom
Quote rosedemon 18-10-2022 09:55 AM
sukati ko la dek nk sorok ke apa. iols tak berminat
Quote dolladolla 18-10-2022 10:55 AM
Tahniahla dek buktikan yg lelaki lembut pun straight hokkeh!
Quote mizruncing 18-10-2022 12:41 PM
tak kisah ngan sape asal bukan dgn si troye tu je
Quote adeqbun 18-10-2022 01:39 PM
buat la camne pon..ai nmpk die ni BUDI..kuat btol pengaruh watak tu kat die
Quote SherryZass 18-10-2022 03:54 PM
Kisah pulak aku dengan siapa kau bercinta dek. teruskan jelah
Quote imanjannah 18-10-2022 06:56 PM
acah2 ye dek naim.. apa2 pun moga cepat jodohnya
Quote insyi81 18-10-2022 09:17 PM
haha x tnya pun
Quote rayna_raynes 18-10-2022 11:26 PM
Dia ni bakalan jadi Ajai dalam masa 10 tahun lagi. Menyanyi biasa2 tapi lagu ciptaan dia letopan semuanya

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.060122 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top