CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Terlajak Perahu Boleh Diundur, Pandailah Sambung Sendiri,"- Siti Nordiana Kongsi Perkembangan Isu Saman Fitnah Lima Individu

17-10-2022 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3671| Komen: 9

Siti Nordiana memberitahu perkembangan terkini kes saman yang membabitkan lima individu.

Namun Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata dia tidak boleh memberi komen berlebihan memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan mahkamah.


Foto: IG

“Sekarang ni apa yang dah dimaklumkan oleh peguam Nana, pada bulan 12 ini baru uruskan kes, saya tak boleh komen dengan lebih lanjut sebab apa-apapun nantikan update daripada peguam.

“Sekarang benda ini dah sampai mahkamah dah pun, saya follow apa saja yang peguam saya buat, apa-apapun kita kena hormat mahkamah, jadi saya tak boleh komen lebih-lebih.




Disoal adakah pihak terbabit tampil untuk memohon maaf, pelantun lagu Menyantun Kasih itu berkata seharusnya mereka harus berurusan terus dengan peguam jika ingin berbuat demikian.

“Setakat ini tiada (minta maaf).

“Sebenarnya, mereka harus ‘direct’ dengan peguam saya,”

Biarpun kes masih dalam siasatan, Siti Nordiana berharap kes ini berjalan lancar dan mahu lakukan yang terbaik duat dirinya.



“Semoga kes ini dipermudahkan, saya buat yang terbaik utk diri saya sendiri, bersihkan nama saya, bagi saya untuk bersahabat kita kena ada sedikit untuk diri kita.

“Apa-apapun kita kena cari kawan yang betul-betul kita rasa kita boleh bergaul dengan orang itu, jaga-jaga, kita pun kena bersederhana dalam semua benda dengan siapa pun kita berkawan.

“Terlajak perahu boleh diundur, pandailah sambung sendiri,” tutupnya.



Pada tahun lalu, Nana memfailkan saman ke atas lima individu termasuk dua rakan seperjuangannya iaitu Lan Solo dan Syura atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.

Tuntutan Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai 2021 kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya. -CARI

Sumber:XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 17-10-2022 04:51 PM
go Nana
Quote Orangkaya99 17-10-2022 08:54 PM
kesian nana dpt kawan2 toksik gile namatey
Quote rosedemon 18-10-2022 09:53 AM
rilek je nana ni hidup sorang2
Quote sleepandream 18-10-2022 12:03 PM
sabar itu indahhhh
Quote aammyy 18-10-2022 12:16 PM
Kalau kes nana yg jalan dulu pun tak settle settle lagi, apatah lagi kes PS IK. Semoga bykkan bersabar la eh.
Quote Sachacha 18-10-2022 12:19 PM
Apa² pun i sokong nana
Quote mizruncing 18-10-2022 12:21 PM
meols sokong je dia buat mcm ni. bg pengajaran yg lain2. time rapat kemain kau ehhh. dah tak rapat nk burukkan org kat public plak
Quote asamfish 18-10-2022 01:34 PM
Go Nana, go!!! Saya sangat hormat tinggi dgn Nana ni, menggunakan saluran dan peraturan yang betul, bukan meroyan membawang di socmed mcm org sasau.
Quote Afifi82 19-10-2022 02:05 AM
Persetankan mereka Siti Nana. Xrugi pon if xde ramai  kawan if perangai seko2 hauk gitu..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.038832 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top