CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 26 Tahun Kematian Tupac Shakur- Masih Ada Yang Dakwa Masih Hidup, Pernah Menyorok Di Batu Caves

17-10-2022 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1953| Komen: 18

Selepas 26 tahun kematian Tupac Shakur masih timbul pelbagai konspirasi kononnya penyanyi rap itu sebenarnya masih hidup.

Terbaharu, Tupac yang mati dibunuh pada 1996 didakwa masih hidup dan pernah tinggal di Malaysia!

Perkara itu didedahkan oleh Suge Jacob Knight iaitu anak kepada Suge Knight yang merupakan penerbit eksekutif syarikat rakaman Death Row Records.


Foto: via mStar

Suge pertama kali mendedahkan perkara itu menerusi Twitter miliknya pada Oktober 2018 mendakwa peminat dimanipulasi dengan berita kematian Tupac.

Susulan pendedahan itu, Suge bersama beberapa pasukannya cuba menjejaki penyanyi rap berkenaan dan mendakwa salah satu tempat persinggahan mendiang adalah di Batu Caves, Selangor.

Dalam pada itu, Suge mendakwa dia mengetahui punca sebenar di sebalik kejadian Tupac ditembak ketika berada dalam sebuah kereta bersama bapanya.

"Saya tahu kebenaran di sebalik apa yang berlaku pada malam tersebut," katanya di Twitter.

Tidak hanya itu, Suge mendedahkan Tupas pernah muncul untuk merakamkan lagu baharunya namun sehingga kini tiada bukti sahih mengenai semua dakwaan tersebut.

Kematian Tupac sebelum ini menjadi bualan ramai apabila dia ditembak secara rambang ketika berada dalam sebuah kereta bersama Suge selepas menyaksikan perlawanan tinju di Las Vegas.


Foto: via mStar


Tupac kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Univerisi Southern Nevada untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia selepas enam hari bertarung nyawa.

Kejadian tersebut turut dikaitkan dengan penglibatan geng kongsi gelap yang pernah menjalankan urusan bersama Suge Knight.

Suge kini sedang menjalani hukuman penjara selama 28 tahun atas kesalahan membunuh. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 17-10-2022 04:41 PM
Tupac Shakur is dead. That's final.
Quote prettyuglybabe 17-10-2022 04:45 PM
mentang-mentang la batu caves tu area gelap-gelap, suka je kau kata dia ada sana
Quote shernazz 17-10-2022 04:46 PM
Suke ati je cakap kat batu caves...
Etnah2.pelanduk dua serupa
Yindia pung ada juga mata begini
Quote alesandra 17-10-2022 04:52 PM
Aku tgk abam joni citer city of lies ..east coast,west coast rivalry ni sebenarnya yg paling evil jahat adalah LAPD.
Quote me12345 17-10-2022 04:55 PM
Hahahahaha....kt batu caves
Quote Prickford 17-10-2022 05:01 PM
We, i iolls tak tahu dah nak gelak tahap mana ni. Dok bayangkan Tupac blend well dgn keley2 dekat Batu Caves sambil wailll wailll...
Quote Goodluckdontcry 17-10-2022 05:02 PM
Tupac shakur DH menjelmakan Diri JD burung terkukur dik..so xpyhla nk ITU ini begitu begini.. biarlah die Aman mkn cacing.. kehkehkeh
Quote green~tea 17-10-2022 05:11 PM
Amboiiiiiii tajuuk takleh blah!!!!!!

Logik je ramai doppelganger tupac kat batu caves tu!!!!!
Quote kucingitam 17-10-2022 05:16 PM
mende batu caves...baikla dia duduk kat carribean sana...tenang2 duduk tepi pantai..
Quote rospinki 17-10-2022 05:18 PM
Entah2 si subramaniam genster aman perdana..muka nk sama
Quote ifanonline 17-10-2022 05:19 PM
mat salleh ni pun bleh tahan sikap jawa mereka...elvis hidup lagi, michael jackson hidup lagi, etc...mengalahkan org indon
Quote she 17-10-2022 05:27 PM
Siap cakap Tupac palsukan kematian sebab nak lari dari ongile Jada Smith
Quote Highflyer19 17-10-2022 08:29 PM
AJK batu caves buat promosi kot agar pelancong2 tak pi ke cave2 lain…
Quote dua_chzy 17-10-2022 08:46 PM
Ye la tu. Michael Jackson pun sampai sekarang masih hidup katanya.
Quote saviour_09 18-10-2022 08:47 AM
tupac ada je ni  kat rumah aku aman2 baca komen korang ambil makan nasik ambeng
Quote pokokmeranti 18-10-2022 08:58 AM
manalah tahu kat malaysia dulu jadi Taufik Syukur ke....ini kan semua agenda illuminati
Quote rosedemon 18-10-2022 09:39 AM
apelahai ko obses sgt org tu mati ke idup ke xda kna mgena ngn ko
Quote buragazz 18-10-2022 03:25 PM
Ko ingat dia ni macam filem death become her ker... dah berlobang pun leh hidup sebsb minum potion tu...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.070656 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top