CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Penat, Berundur Sebelum Gila- Ayu Sah Bercerai Selepas Bertahun-Tahun Jaga Suami Koma Dan Sakit

17-10-2022 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16871| Komen: 104

Kisah seorang wanita menjaga suaminya yang terlantar koma lebih 90 hari akibat kemalangan jalan raya pada mendapat perhatian warga maya.

Lebih menyentuh hati apabila Siti Rohayu atau lebih dikenali sebagai Ayu yang merupakan usahawan kosmetik tetap setia menjaga suami, Muhammad Ridhwan Mohd Zaki yang hampir hilang ingatan tanpa berputus asa demi melihat lelaki itu sembuh seperti sedia kala.

Namun apa yang mengejutkan warganet apabila baru-baru ini sudah tiada gambar atau video bersama suami kecuali bersama anak-anak di media sosialnya.

Foto: FB


Berdasarkan hantaran pada 11 Oktober 2022, Ayu memuat naik foto menunjukkan dirinya berjubah hitam berdiri di hadapan Mahkamah Syariah Daerah Besut, Terengganu.


Dipercayai wanita itu sedang dalam proses penceraian setelah sekian lama menjaga suaminya yang tidak mampu menguruskan diri sendiri sejak kemalangan itu.

"Ya Allah... Semoga keputusan yang aku buat hari ini, adalah yang terbaik untuk semua orang, termasuk untuk diriku dan anak-anak. Sekuat mana pun sayang kita pada seseorang, kalau Allah kata dia bukan jodoh kita. Maka bukanlah. Maafkan Umy (gelaran Ayu) semua. Sebab tak mampu nak jadi insan yang kuat untuk meneruskan dan mempertahankan.




"Andai tiba saatnya di mana kita harus melepaskan, bukan kerana tak sayang. Tetapi kita sedar, andai diteruskan akan banyak lagi pihak akan terluka. Mengalah bukan bererti kalah, mengaku salah bukan bererti salah, tetapi cukup penat mental dan fizikal untuk meneruskan.

"Fokus pada kesihatan dan anak-anak itu lebih baik. Biarlah satu dunia membenci dan mengecam Umy, Allah ada. Sama-sama kita mendoakan dipermudahkan segala urusan hari ini," tulisnya di Facebook.


Loading FB Post...

Ibu kepada dua cahaya mata ini seterusnya membuat satu siaran langsung (live) pada pagi Isnin, memaparkan dia berada di Mahkamah Syariah Daerah Besut untuk urusan perpisahan bersama suaminya.

Dalam hantaran sama, Ayu menjelaskan bahawa itulah detik-detik terakhir mereka berdua bersama sebelum masing-masing bakal membawa haluan sendiri selepas ini.

"Selamat tinggal Aby (panggilan suami)," katanya dalam kapsyen sebuah video yang dimuat naik.

"Umy buat keputusan dengan rela hati. Mungkin ini yang terbaik untuk saya dan suami supaya tak ada pergaduhan mana-mana pihak dan bawa haluan masing-masing.

"Ramai tak faham kalau nak share semua (perkara). Cuma (Ayu) berharap Abi lebih sihat dan bertambah baik (apabila) dijaga keluarga dia.

"Biar dia mampu nanti cari dan tengok anak-anak. Abi tak faham keadaan dia (diri sendiri). Kalau dia normal, dia tak cakap macam tu," ujarnya merujuk kepada suaminya yang mencelah ketika sesi live.


Loading FB Post...

Kata Ayu lagi, dia hanya menyalahkan dirinya sendiri atas perpisahan yang berlaku.

Malah katanya keputusan dibuat secara sukarela tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, wanita ini turut menejelaskan bahawa dia sudah penat untuk 'berjuang' demi hubungan mereka dan memilih untuk mengundur diri sebelum dia menjadi 'gila'.

"Aku bukan seorang yang baik. Sebelum menyalahkan orang lain. Diri aku yang patut dipersalahkan. Biarlah satu dunia kecam aku dengan keputusan yang aku buat.

"Terlalu ramai yang buat andaian sendiri. Menabur fitnah tidak henti-henti. Seperti mereka yang duduk serumah dengan Umy. Semoga pahala kalian mengalir buat diriku. Semua orang boleh bercakap tapi yang menanggung dan lalui hanya kami.

"Kalian tak suka aku, block aku, dari kalian komen benda yang tak sepatutnya. Mungkin ini posting last tentang diriku, Lepas ni fokus pada bisnes. Permulaan hidup baharu. Maaf sebab buat keputusan ini dan mungkin ramai yang tak puas hati dan kecewa dengan Umy," ujarnya dalam hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sedih dan juga terkejut saat mengetahui perkembangan terbaharu pasangan suami isteri berkenaan.

Bagaimanapun, netizen mendoakan semoga Ayu terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

"Moga Allah permudahkan urusan kalian berdua. Allah uji tanda Allah sayang pada kalian.

"Moga Allah bagi mudah. Bagi kuat untuk Umy dan Aby. Mohon jangan komen yang bukan-bukan.

"Siapa yang follow Umy dari awal Aby sakit, akan tahu sebab apa dia buat keputusan macam ni, harap anda faham dan tak kecam Umy. Kasihan Umy... dia tetap sayang Aby," komen beberapa netizen pada hantaran di Facebook. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 12-10-2022 07:25 PM
Kaya atas derma
Quote Thunderclouds 12-10-2022 07:25 PM
Dia ni penah kna tangkap khalwat ngn adik angkat tu kan? Family belah laki yg repot. Manjang dok kelai pasal duit insurance ka hapa. Tp tgk memang dia jg laki elok. Dh xdak jodoh pisah ja la.
Quote cheezel 12-10-2022 08:21 PM
Biarla. Dia pn manusia. Tahu penat
Quote Carcosa 12-10-2022 11:07 PM
Ooooo dah pulih ke laki dia
Quote R2D2 12-10-2022 11:15 PM
dia masuk line Tiktok
followers dan Like pun dah cecah puluhan ribu
Quote sharlenetexas 12-10-2022 11:32 PM
Ayu dagu. Rumah besar sheols punya ke?
Byk dapat duit sedekah.

Quote Perawankota 13-10-2022 03:33 AM
Hopefully tak der twist story lak nanti
Quote sukacactus 13-10-2022 05:54 AM
Ooo lama xdengar citer ayu dagu
Camni plak jadinya ye
Quote kitmal 13-10-2022 06:09 AM
takut plot twist..tapi kalau betul...berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Quote chocobozhere 13-10-2022 07:22 AM
Aku tak faham. Sekejap kata teman kawan bercerai. Sekejap kata diri sendiri.... Gilet attention jugak ke ni
Quote Suchi 13-10-2022 07:52 AM
sharlenetexas replied at 12-10-2022 11:32 PM
Ayu dagu. Rumah besar sheols punya ke?
Byk dapat duit sedekah.

Dia kan meniaga produk bagai kira modalkan duit sedekah juga la kot tp oklaah takdelah masih harap org org sedekah je tak beranakkan duit tu.
Sbb skrg pun dia dh senang dah, sesetengah tu bertahun2 gitu laaa duk minta sana sini duit.
Quote prince_marhaen 13-10-2022 08:20 AM
meols baca baca juga kes dulu....sheols jaga laki elok-elok pun tapi kalau dapat family mertua / ipar duai macam celaka, tamak duit insurans & derma...kalau meols pun angkat kaki blah je... at least sheols jaga laki tu sampai elok boleh jalan menari tiktok lagi siap karaoke lagi...settle dah... kalau laki tu tau dek untung, dia mesti defend pompuan ni drpd keluarga dia.. plot twist if pompuan ni buat hal pun meols tak salahkan dia 100% pun.. gitteww
Quote mayaHD 13-10-2022 08:23 AM
semalam i terscroll tiktok mamat yg cari jodoh kat Fb dulu, dalam proses cerai dah sekarang
Quote Prickford 13-10-2022 08:38 AM
prince_marhaen replied at 13-10-2022 12:20 AM
meols baca baca juga kes dulu....sheols jaga laki elok-elok pun tapi kalau dapat family mertua / ipa ...

Ini pon iolls ada baca. Family mertua yg buat macam2 demi duit rasanya. Nnt nak tgk kot2 ada plot twist.

Quote Prickford 13-10-2022 08:38 AM
mayaHD replied at 13-10-2022 12:23 AM
semalam i terscroll tiktok mamat yg cari jodoh kat Fb dulu, dalam proses cerai dah sekarang

mamat yg mana ni dik

Quote supernaturalee 13-10-2022 08:50 AM
kebahagiaan...milik setiap insan


nuvo visage sgt kan

Quote vespa_oren 13-10-2022 09:15 AM
mayaHD replied at 13-10-2022 08:23 AM
semalam i terscroll tiktok mamat yg cari jodoh kat Fb dulu, dalam proses cerai dah sekarang

yg budak multimedia tu k?
Quote bulalof 13-10-2022 09:17 AM
toxic family is real dooowwhhh....
Quote cmf_PariS 13-10-2022 09:19 AM
kalau dh pulih takpe... masing bawa haluan.. di apun tahu penat... perlu idop

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.190594 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top