CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pendakwa Bantah Permohonan Semakan Bung Moktar Dan Zizie Izette

17-10-2022 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1478| Komen: 8

Pihak pendakwaan mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abd. Samad untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membela diri atas pertuduhan rasuah.


Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, pasangan suami isteri itu menggunakan tatacara yang salah dari segi undang-undang ketika memfailkan permohonan semakan melalui notis usul.

Beliau menyatakan, permohonan melalui notis usul itu bertentangan dengan Seksyen 35 dan 36 Akta Mahkamah Kehakiman (CoJA) 1964 dibaca bersama Seksyen 325 dan 326 Kanun Tatacara Jenayah (CPC).


Foto: Kosmo


Seksyen 325 dan 326 CPC dibaca bersama Seksyen 35 dan 36 CoJA memberi kuasa kepada mahkamah untuk memanggil dan memeriksa mana-mana rekod prosiding.

“Tindakan pihak pembelaan memfailkan permohonan semakan melalui notis usul seolah-olah `memaksa’ mahkamah untuk mendengar permohonan semakan, walhal tindakan memanggil rekod prosiding adalah budi bicara mahkamah,” ujar Chin How.

Ujarnya, pihak pendakwaan akan memfailkan permohonan rasmi bantahan awal itu hari ini dan penghujahan bertulis dalam tempoh dua minggu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid kemudian menetapkan permohonan bantahan awal didengar pada 11 November ini.- CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kikilalapooh 17-10-2022 03:15 PM
bantah je.. dah sedap makan duit haram lepastu nak lari mcmtu ja
Quote phone_5 17-10-2022 04:26 PM
sedao sedap curi duit makan duit haram
nak lepas lari macam tu..

sumbat zizie ni dan bung masuk lokap..
Quote marchikobonzo 17-10-2022 04:36 PM
Macam2 trick nak bagi delay proceeding
Quote mizruncing 17-10-2022 04:38 PM
alhamdulilah masih ada lg yg telus
Quote juruterra 17-10-2022 04:42 PM
nak delay la selagi boleh...kalau UMNO menang terlepas la deme2 ni
hampeh punya org umno..sedap2 anak bini mkn duit haram pastu nk lepas sesuka hati, kat dunia boleh lah
Quote 3chanceno 17-10-2022 04:50 PM
Pelik cik cik kebung nie cuma terkait 1 kes je  

Masuk bertanding jua pru nie
Quote bedahmenjuyah 17-10-2022 07:13 PM
Yg salah haruslah di hukum. Period.
Quote rosedemon 18-10-2022 09:50 AM
dlm badan dah mengalir duit rasuah, haram sampai ke anak cucu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.113202 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top