CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gandingan Aina Abdul Dan Jaclyn Victor Meletup! Suara Padu, Tok Ram Suruh Menyanyi Sampai Akhir Hayat

17-10-2022 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5061| Komen: 33

Persembahan penyanyi berbakat besar, Aina Abdul bersama Jaclyn Victor di pentas Gegar Vaganza 9 (GV9) malam tadi menjadi bualan ramai hingga membuatkan nama Aina trending di Twitter.


Persembahan penutupan bersama Jaclyn itu juga membuatkan suasana Auditorium MBSA, Shah Alam gamat dengan sorakan selain menyaksikan juri tetap GV9, Hetty Koes Endang bangun melakukan ‘standing ovation’.

Foto: IG

Seperti ramai sedia maklum, Aina merupakan penyanyi pelapis yang mempunyai kualiti vokal mantap selain karakter berkelas dan gaya fesyennya yang unik.

Usai membuat persembahan, Aina pulang ke belakang pentas namun juri tetap GV9 yang juga maestro muzik negara, Datuk Ramli MS (Tok Ram) memanggil semula Aina ke pentas untuk memberikan komen.




“Saya panggil kamu sebab kamu adalah rujukan untuk untuk penyanyi generasi sekarang, saya harap kamu berdua (Aina dan Jaclyn) menyanyi hingga ke akhir hayat,” kata beliau.

Kenyataan daripada seorang figura yang sangat berpengalaman dalam bidang muzik seperti Tok Ram tentunya membuatkan penonton berasa bangga dengan Aina dan Jaclyn.


“Aina Abdul adalah suara generasi masa kini.

“Sebenarnya bila Hetty Koes Endang aware dengan Aina Abdul tu maksudnya Malaysia ada sinar yang baik.

“Terbaik ending konsert minggu ini, Jaclyn Victor dan Aina Abdul, kombinasi sempurna.



“Sangat luar biasa bila Tok Ram panggil Aina Abdul kembali ke pentas and semua juri beri komen positif terhadapnya. Aina Abdul, saya sangat bangga dengan pencapaian kamu,” antara pendapat netizen di Twitter. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 17-10-2022 01:48 PM
Semakin tak subtle ye devil's horn tu

Desperate dah nak orang tahu hidden hands tu real
Quote KamikuP 17-10-2022 02:45 PM
Comeiya AA bila tak mekap khuenz cuolls
Quote kikilalapooh 17-10-2022 03:23 PM
still tengah try dengar lagu lagu AA and try minat suara dia. masih tak nampak X factor tu dimata iols.
Quote nb_17 17-10-2022 03:31 PM
mcm bingit je version dua org ni huhu
Quote babelina 17-10-2022 03:34 PM
gv nie klau x jerit mmg x wow la ye.. ayooo
Quote perembes 17-10-2022 03:36 PM
aina nyanyi smbil snyum2 mcm nk tunjuk beliau bole nyanyi lagu ni dgn santai lagu ni
Quote jijilaaa 17-10-2022 03:38 PM
tp syg tetap sendu walaupun dipuja puji juri
Quote harisbee 17-10-2022 03:43 PM
lagu jerit2 high notes ni mmg makanan dorang kan...mantap kebaboom
Quote Miss.Rara 17-10-2022 03:57 PM
apa motip baju aina abdul macam tu.. aku ingat tanduk tapi kat bawah pulak..

macam mata tergantung dalam cite lord of the ring tu... kepala aina ialah mata tu..

kalau tak pelik pelik mmg tak sah laa pakaian aina..
Quote lattehazelnut 17-10-2022 04:24 PM
Singing competition kan kne la jerit2
N dua2 mmg vokal xleh nak pertikai lah..

Tp teringin diorg complements each other voices..
Mcm time sorg high sorg lg go low..
lagu ni simple tp i suka arrangement duet mcm ni..
[youtube]sn8EPmPLS1w[/youtube]
Quote wirazam 17-10-2022 04:54 PM
Mohon Aina join GV10 tahun depan...maybe ada Hafiz Shuib, Marsha, Indah Ruhaila...retis retis lama dah X nak join, better ambik retis yg Amish aktif dah buat ala ala AJL Versi lagi remake...dulu TV3 ada buat konsep lagu remake ni..immortal song..pastu tak reti2 nak maintain..terus gi buat program terpaling yg ntah apa2 Tu...sekurang kurangnya immortal tu mmg boleh diteruskan..best tgk kreativiti penyanyi olah lagu2 lama jadi fresh
Quote wirazam 17-10-2022 04:56 PM
nb_17 replied at 17-10-2022 03:31 PM
mcm bingit je version dua org ni huhu

Ko kena tgk versi AJL..lagi haru or ko urut dada kot..
Versi ini lebih better in term voice control Dan tak nampak mcm meneran sgttt
Quote AcikBuncit 17-10-2022 06:08 PM
Bkn slh dorg trpekik2, lagu ni yg mmg jenis melolong cmtu.. Xphm aku cipta lagu tinggi2 cmni
Quote Nham22 17-10-2022 06:33 PM
Camera pon xjaga hati lansong.. Depa g zoom nye muka aa clear betol kulit muka die berlubang2x... Duit banyak buatla treatement dr ko
Quote drivethru 17-10-2022 07:16 PM
Kenapa aku tak pernah suka dgn suara AA dgn minaci ni. Peserta wanita GV9 ni, xde sorang pun suara yg sedap. Aku rasa kak lina pom2 lagi sedap suara dia. Ade lenggok dan suara lembut.
Quote dudaberhias 17-10-2022 07:24 PM
tahniah dek aina... semoga dek aina dapat kumpul duit banyak2 dengan menyanyi untuk buat plastic surgery dekat hatyai... duit jemputan GV tu kaka sarankan guna untuk buat appointment di klinik dr ko untuk buat laser di bahagian wajah yach... terkejut haritu ingatkan kaka tengok channel discovery channel sebab nampak macam kawah2 bulan berlubang... rupanya tu permukaan wajah dek aina yach....
Quote anakkerengga 17-10-2022 07:26 PM
Aku lbh suka versi ni dr marsya …
Quote keretapilaju 17-10-2022 08:15 PM
Tp aku prefer marsha..
Quote swimswim 17-10-2022 09:14 PM
Sakit telinga aku

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.060118 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top