CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Rose Nak Suami Kacak, Tak Suka Marah Dan Bukan Kaki Pukul

17-10-2022 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1711| Komen: 6

ama seperti wanita lain, keinginan memiliki pasangan hidup tetap ada walaupun bukan fokus utama pelakon Sharifah Rose, 24, pada saat ini.

Biarpun pelakon yang juga selebriti media sosial popular itu melahirkan hasrat mendirikan rumah tangga, ia bukan bermakna bakal berlaku dalam masa terdekat.

Rose berkata, dia terlalu sibuk mengejar kerjaya menyebabkannya tidak berkesempatan berpacaran atau menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

Foto: IG

"Saya masih 'single' dan tak menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa. Setakat kawan biasa adalah.

"Kalau nak kata cinta lokasi, itu pun tidak wujud. Selesai penggambaran, saya terus pulang ke rumah.

"Saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja, sama ada hero, rakan artis mahu kru di lokasi penggambaran.

"Jika ada beranggapan saya bercinta dengan hero gandingan, ia tidak benar. Mungkin prasangka timbul disebabkan nampak keserasian antara kami.

"Hubungan lebih ke arah profesional. Jika menghadiri apa sahaja acara, saya datang seorang tanpa ditemani sesiapa," katanya kepada BH Online.



Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 24, itu berkata, dia akur kehendak takdir sekiranya jodoh sampai awal.

"Jika itu takdir yang tertulis, saya terima. Cuma, biarlah lelaki dalam kalangan orang baik-baik.

"Saya suka lelaki matang, budiman, kacak, mampu membimbing dan stabil daripada segala segi.

"Dia juga mestilah seorang yang tenang, santai dan tidak suka marah-marah. Paling penting, bukan jenis mudah angkat tangan kepada wanita," luah pelakon yang namanya mula meledak menerusi drama rantaian Kekasih Hati Mr Bodygurad ini.



Rose yang ditemui pada majlis pratonton RR Bridal RTW 22 di ibu negara, baru-baru ini turut meluahkan rasa terkilan sikap segelintir netizen mengungkit semula kontroversinya tidak bertudung ketika bercuti di Phuket, Thailand, dua tahun lalu.

Kesal dengan tindakan tidak sensitif netizen, bekas peserta program realiti Master In The House musim pertama itu mempersoalkan apa perlunya perkara itu dibangkitkan ketika dirinya sudah melupakan insiden itu.



"Disebabkan kurang selesa dan saya sendiri tidak mahu kenang kontroversi lalu. Saya menghantar mesej secara peribadi kepada individu memuat naik status dalam Twitter untuk memadamnya.

"Bagaimanapun, individu berkenaan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap mesej saya. Enggan memanjangkan isu, saya ambil pendekatan abaikan sahaja," luah Rose. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 17-10-2022 01:58 PM
untung retis, iklan jodoh berita tolong buatkan
Quote cikatilia 17-10-2022 02:21 PM
ni iklan ke?
Quote missyL 17-10-2022 04:31 PM
Sape je xnk ciri2 ko sebut tu mek rose oii hahahaha
Quote lattehazelnut 17-10-2022 04:36 PM
Ko xde mention nak lelaki single kan?
Syamsul yusuf ada ciri2 semua yg kau cakap tu..
Dia ade kuota kosong lg 2..
Quote rosedemon 18-10-2022 09:47 AM
sukati kola la nyah sendu. dah la x cantik
Quote DeLuna85 19-10-2022 08:17 AM
Ada yang suka kaki pukul ke? Ok lah dia jadi artis sebab rajin promote. Follower pun ramai.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.206099 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top