CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Menderita Anxiety, Punca Persembahan Merosot Di Pentas GV9

17-10-2022 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5063| Komen: 45

Shila Amzah mengesahkan mengalami gangguan kebimbangan melampau atau anxiety selepas membuat pemeriksaan kesihatan pada Mac lalu.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 32, berkata, akibat masalah itu persembahannya pada minggu keempat di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) terjejas selepas mengalami serangan ketika berada di pentas.

Foto: IG

"Malangnya minggu lepas saya kena serangan anxiety masa di atas pentas. Masa itu memang saya sudah tak ingat apa-apa, saya tak dengar apa pun yang Datuk Syafinaz komen.

"Masalah anxiety ini memang sudah lama selepas membuat pemeriksaan kesihatan pada Mac lalu," katanya.




Shila berkata demikian ketika sidang media selepas tamat pertandingan minggu kelima GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada malam Ahad.

Mengulas lanjut mengenai keadaan kesihatannya, Shila memberitahu ada beberapa penyebab yang mempengaruhi dirinya sehingga mendapat serangan secara tiba-tiba.



Ini termasuklah faktor dirinya penat selain terkesan dengan komen-komen negatif yang diperkatakan netizen tentang dirinya di media sosial.

"Mungkin antara faktornya sebab saya penat, kadang-kadang nak cari komen positif terjumpa perkara negatif yang memberi kesan.

"Setakat ini, minggu ketiga dan keempat paling teruk. mungkin juga secara tak langsung benda itu menganggu emosi saya di pentas," jelasnya.

Sementara itu, Shila berkata, setiap minggu dia tidak pernah meletakkan sebarang sasaran sebaliknya lebih menumpukan untuk memberi persembahan terbaik dan menghiburkan penonton.



"Apabila saya buat persembahan, kadang-kadang apa yang kita rangka itu tak menjadi seperti dirancang. Sejujurnya sebaik berada di pentas saya tidak sasar untuk jadi nombor satu tetapi ingin berikan yang terbaik dan menghiburkan penonton.

"Ini termasuk apa kelainan yang boleh saya tonjolkan untuk minggu itu. Setiap persembahan itu kalau tidak banyak, sikit ada kelainan daripada minggu sebelumnya," jelasnya.

Untuk rekod, pada minggu keempat GV9, Shila menyampaikan lagu Pudar nyanyian asal Indah Ruhaila tidak berada dalam senarai lima terbaik dan hanya menerima markah sebanyak 74.60 peratus daripada juri. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 17-10-2022 12:57 PM
Kau ni bagus tau shila. tapi boleh boleh lah kot stop cerita sedih kau ni.
Quote elzy 17-10-2022 01:15 PM
Ooooo anxiety laa yang salah.. Malam tadi lagu dia bawa Tamparan Wanita mmg hauk..
Quote makadek 17-10-2022 01:30 PM
Alasan jer Tu... Kena boster nek ok lertewwwww
Quote selipar_hijau 17-10-2022 01:33 PM
Bnyak drama la dia ni
Quote LadyCarefree 17-10-2022 01:55 PM
elzy replied at 17-10-2022 12:15 PM
Ooooo anxiety laa yang salah.. Malam tadi lagu dia bawa Tamparan Wanita mmg hauk..

baca ni, iols teruk tgk kat YT. Memang teruk hauk. Menyanyi hauk. Menari hauk. Ada komen cakap lalat xfit. Betullah tu. Gunduk maka stamina xde. Pulak2 sambil menari.
Quote LadyCarefree 17-10-2022 01:56 PM
Edited by LadyCarefree at 17-10-2022 12:58 PM

Bg alasan siap2 kalau xdpt juara nanti.

1. Sakit anxiety.

2. Netizen punya pasal.
"Mungkin antara faktornya sebab saya penat, kadang-kadang nak cari komen positif terjumpa perkara negatif yang memberi kesan."


Quote deebiz14 17-10-2022 01:59 PM
Eee.... sheols need to shut up lah. Ade je nak carik alasan.

She just need to stop overthinking & trying to get validation dari sumer orang.

Focus je la bernyanyi. Enjoy the stage & you will be fine.
Quote cmf_PariS 17-10-2022 02:06 PM
kau tu pandai nyanyi.. buat mcm biasa boleh? tk yah nk pikio menang sgt.. enjoy dekkkk
Quote putu 17-10-2022 02:52 PM
Dia ni nampak try hard. Cuba relax2 sikit
Quote DeLuna85 17-10-2022 03:01 PM
Mungkin kau terlampau tahan nafas sebab tu kena anxiety. Biarlah perut tu buncit janji suara sampai.
Quote adiktet 17-10-2022 03:24 PM
hahahaha anxiety pulak..
Quote kikilalapooh 17-10-2022 03:27 PM
makin ramai eh org kena anxiety attack. apa kata cuba "puasa" socmed untuk sebulan. ubah dietary u. banyakkan makan fiber pagi2 before heavy breakfast. makan buah/sayur. banyakkan bersukan untuk release hormone happy and focus tu.
Quote Orenn1 17-10-2022 03:33 PM
tapi mcm dah kurus jugak ye, dulu sedabakk
Quote bynroslan 17-10-2022 03:39 PM
ade saje cerita sendu dia ni
Quote jijilaaa 17-10-2022 03:40 PM
penyakit artis zaman sekarang : anxiety
Quote laksmanabentan 17-10-2022 03:45 PM
tetibberrrrr......

penuh drama la pompuan nih....
Quote minahmanja 17-10-2022 03:51 PM
Tak paham la dia ni. Smalam tgk video b4 dia perform tu , org tnye psl mistik dia ckp psl issue abuse mental & financial. Dia ckp dh 10 thn kena. Apa maksud dia tu. Siapa abuse ? Famili ke ?
Quote tikusmontok 17-10-2022 04:45 PM
If only dia boleh nyanyi lagu listen sebagus di china dulu...masa tu tak timbul anxiety gtu gni
Quote sukacactus 17-10-2022 08:29 PM
Laki aku komen "Dia pakai baju apa tu" kat konsert gv smlm

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.117244 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top