CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Payah Marketing Gedik-Gedik, Tak Payah tunggu Gelaran Datuk- Kak Ell Tetap Buat Untung RM34 Juta

17-10-2022 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5517| Komen: 44

Nama Sharmila Johan mungkin asing berbanding usahawan sensasi lain tetapi tanpa sebarang taktik pemasaran murahan atau menggedik di media sosial pun dirinya mampu membina empayar perniagaan dengan cemerlang.


Sharmila atau lebih dikenali sebagai Kak Ell, 41, berkata, dia juga tidak merasakan gelaran Datuk dapat memberi impak demi meraih populariti dan menarik pelanggan.

Foto: IG

Malah katanya, biarpun baharu empat tahun menceburkan diri dalam bidang perniagaan, dia mendapat mendapat jualan tahunan mencecah RM34 juta.

"Mengikut sejarah rekod lalu dengan hebahan secara meluas produk sebelum ini, jualan tahunan pernah mencecah sehingga RM34 juta.


"Saya sentiasa percaya, apa-apa yang kita buat, usaha memang daripada kita, tapi rezeki semua daripada Allah.

"Saya memang tak pandai nak menggedik di media sosial atau tunggu gelaran Datuk untuk menarik perhatian pelanggan, cukup usaha dan mengeluarkan produk terbaik kepada pelanggan," katanya.



Dalam pada itu, Kak Ell yang terkenal dengan tagline 'Memang Cantik' itu turut memberitahu bangga menggunakan nama sendiri sebagai jenama produknya serta yakin ada keberkatan di sebaliknya.

Ini kerana, Kak Ell percaya nama diberikan oleh ibu dan bapanya adalah salah satu hadiah terbesar yang membolehkan dia mencapai kejayaan seperti hari ini.

"Saya bangga pakai nama sendiri... Ia macam hadiah juga untuk mak dan ayah sebab pilih nama yang baik untuk saya," ujarnya.

Meskipun perniagaan sudah berjaya dan mampu memiliki apa dikehendakinya namun Kak Ell berkata itu semua adalah pinjaman daripada-Nya selain ia bukan satu simbol kekayaan yang perlu dibanggakan.



Sebaliknya, usahwan ini memberitahu dia lebih suka menghabiskan wang untuk pendidikan anak-anak, membantu ahli keluarga dan rakan selain membelanjakannya ke arah kebaikan.

"Sebagai seorang wanita, mustahil saya tak bernafsu terhadap barang-barang berjenama, tetapi saya selalu ingatkan diri agar tidak berlebih-lebihan.

"Apa paling penting pelaburan pendidikan anak-anak selain jangan sesekali abaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga.

"Syurga di bawah tapak kaki ibu. Cikgu saya pernah pesan, orang yang jaga ibu bapanya adalah orang berjaya. Cuma dalam setiap sudut dan gerak langkah, saya kena lebih berhati-hati dan disiplin agar terus mendapat kepercayaan pengguna," katanya.



Tahun lalu, syarikat yang ditubuhkan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare, SME100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 17-10-2022 11:37 AM
ni yg iklan kak el kak el tu ke...aku ingat ella
Quote acikku 17-10-2022 11:40 AM
dia jual apa?
Quote uda 17-10-2022 11:49 AM
Drp pencarian pakcik google - set kosmetic, skin care dan health.

Harap2 bukan product timbang kilo
Quote emera 17-10-2022 11:52 AM
uda replied at 17-10-2022 11:49 AM
Drp pencarian pakcik google - set kosmetic, skin care dan health.

Harap2 bukan product timbang kilo ...

OEM ler tuuuu… kilang org…
Quote jas7512 17-10-2022 11:53 AM
Memandangkan rakyat msia ni suka sgt beli kosmetik..i harap adalah syarikat yg buat r and d proper dab jual brg yg selamat utk diguna..bkn asyik produk timbang kilo je. Krg x sayang muka ke beli barangan yg x tahu apa ramuan dia...huhu
Quote green~tea 17-10-2022 12:06 PM
jas7512 replied at 17-10-2022 11:53 AM
Memandangkan rakyat msia ni suka sgt beli kosmetik..i harap adalah syarikat yg buat r and d proper d ...

Kalo lambat kesan, depa takmo beli plak.. kena laa letak racun
Quote epal_putih 17-10-2022 12:12 PM
i jer ke yang tak pernah kenal
huhuuh
Quote venom1 17-10-2022 12:16 PM
marketing power jual apa pun untung padahal satu kilang berpuluh founder guna.
Quote ifanonline 17-10-2022 12:16 PM
adakah gelaran dato memberi nikmat sexual kpd wanita?
Quote plywood 17-10-2022 12:22 PM
ifanonline replied at 17-10-2022 12:16 PM
adakah gelaran dato memberi nikmat sexual kpd wanita?

tersembur teh aku...  haha

Quote plywood 17-10-2022 12:25 PM
venom1 replied at 17-10-2022 12:16 PM
marketing power jual apa pun untung padahal satu kilang berpuluh founder guna.

tu jer sebenarnya rahsia bisnes yang ramai orang, sama jer dengan timbang kilo pun pakai.... dia kata produk dia tp cuma reseller jer pun, kecualilah ada rnd dan kilang sendiri...

Quote Thunderclouds 17-10-2022 03:17 PM
Xder title xde marketing merapu meraban tapi xmo kalah sembang jota jota..
Quote Straya 17-10-2022 03:38 PM
Tak pernah dengar pun produk dia
Quote lolita737 17-10-2022 03:41 PM
produk apa tu?? produk timbang kilo ke?
Quote tungkai 17-10-2022 03:56 PM
Global Best Consumer Brands for Skincare


Tak jumpa brand dia in global search..
Quote bakingsoda 17-10-2022 04:23 PM
dua kali aku scroll ko jual ape kakkk? hantu mana beli sampai jualan cecah 34j tu?
Quote tri-max 17-10-2022 05:23 PM
ala dia beli slot kat radio byk
iklan bersepah kat situ jah, yg beli product dia tak tau la sapa
memula dgr iklan dia aku ingatkan nama mikail... mikail.. ingat pondan manala buat product timbang kilo selain sajat
Quote totokreturn. 17-10-2022 06:10 PM
setakat sembang puluh2 juta, mana bukti?
Quote whimsicalmusic 17-10-2022 06:28 PM
Sale bjuta, i want to know profit berapa?

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.138111 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top