CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mana Lebih Amanah, BN, PN Atau PH?

17-10-2022 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3847| Komen: 62

Pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah menjadi sejarah.

Tumpuan Malaysia kini beralih kepada calon yang akan bertanding. Baik Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PH) bercita-cita untuk menang.


Semua bagai nak gila. Kemaruk hendak menjadi pemimpin tanpa menyedari mereka yang akan ditanya mengenai amanah yang diberikan di akhirat kelak.


Gambar Hiasan

Senang kita cakap supaya memilih pemimpin yang amanah tetapi bagaimana kita hendak percaya kewujudan mereka kerana cerita mengenai rasuah dan salah guna kuasa didengar hampir setiap hari.


Suasana politik kali ini sangat berbeza. Terlalu banyak ragam yang terjadi dalam satu penggal daripada pelantikan tiga perdana menteri, lompat parti, undi 18 dan sebagainya.

PH, BN, PN semua sudah merasa jadi pemerintah. Siapa yang kita lihat paling menjaga amanah?

Amanah mengungkapkan maksud yang amat luas. Bukan sekadar bersikap jujur, malah mencakupi setiap tanggungjawab.

Oleh sebab itu, semakin ramai pemimpin yang terlupa bahawa jawatan yang dipegang ialah satu amanah.

Semakin ramai yang melihat jawatan sebagai kedudukan untuk digunakan bagi kepentingan diri, keluarga dan kroni, lalu alpa kepada tanggungjawab sebenarnya.

Insaflah. Orang-orang teraniaya, dinafikan hak dan yang menderita memamah pahit kehidupan kerana perbuatan pecah amanah.

Semoga kita dapat memilih dengan bijaksana pemimpin yang benar-benar ikhlas, jujur, telus, amanah, bijak mentadbir negara.

Pasti mengundi,
Mohd. Yakop Ikram
Ipoh, Perak

-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 17-10-2022 01:48 PM
devil vs devil choose the lower devil.

[youtube]EptBZnHLU3w[/youtube]
Quote KamikuP 17-10-2022 02:41 PM
Semua takleh pecaya.
Quote Orix 17-10-2022 03:25 PM
Mana GTA ??? hello.
Quote Zazama 17-10-2022 03:37 PM
Tak ada yg amanah. Semua bernanah sampai ke tanah!
Quote ifanonline 17-10-2022 03:44 PM
parti amanah la lebih amanah..parti harapan adalah pakatan harapan...
Quote aziszai 17-10-2022 04:20 PM
No to kepartian tapi more to individu yg boleh buat keje utk rakyat. Parti yg ada skrg ni seme hangsuang..
Quote Kurex 17-10-2022 04:20 PM
Semua sama je. Yang bodoh lehnat jah bergaduh sebab politik termasuk yg fanatik
Quote hayrin86 17-10-2022 04:22 PM
Tak kira parti apa yang memerintah harapnya jangan ada siaran langsung Perhimpunan Agung UMNO pula..
Quote Page88 17-10-2022 04:43 PM
At the end of the day, the victims are not the politicians but the public. This is all I can say.
Quote Perwira2022 17-10-2022 05:01 PM
Semua pun korup tapi pakej juara korup + hipokrit (munafik) adalah PH... Berdegar2 kutuk UMNO rasuah segala Gone Eng sendiri terlibat rasuah mega..... Lebih jahat lagi guna kuasa AG untuk gugurkan kes... Tu baru 22 bulan memerintah dah jahat macam tu sekali.
Quote jas7512 17-10-2022 05:19 PM
Sama je seme..undi kali ni pilih pemimpin bkn parti ..klu dia buat keje x kisahlah parti apa..undi je..sekrg2 kita tahu dia buat tugas dia..mana yg pemalas..ponteng parlimen..kita tolak dia
Quote Decaffeinated 17-10-2022 06:07 PM
Parti paling melayu - UMNO
Parti paling cina - MCA
Parti paling kelly - MIC

Fakta!
Quote anony-mous 17-10-2022 06:09 PM
Perwira2022 replied at 17-10-2022 05:01 PM
Semua pun korup tapi pakej juara korup + hipokrit (munafik) adalah PH... Berdegar2 kutuk UMNO rasuah ...

I pon xtau nk undi sapa. Nk BN tp i benci wak jahid & korup dah mcm cancer. PH?? Ckup la sekali. Baru 22 bln dah huru hara. Klau bg lama2 pegang mgkin sepesen je corrupt jgk
Quote totokreturn. 17-10-2022 06:11 PM
umno terussss majuuuu
Quote 3480 17-10-2022 07:15 PM
Perwira2022 replied at 17-10-2022 05:01 PM
Semua pun korup tapi pakej juara korup + hipokrit (munafik) adalah PH... Berdegar2 kutuk UMNO rasuah ...

Nmpk gaya mcm akan berlangsung lg 22 bln seterusnya..
Quote tripleid 17-10-2022 08:03 PM
Edited by tripleid at 17-10-2022 08:20 PM

Yg paling Amanah mestilah yg banyak sumbangan nya kpd rakyat dan negara walaupun jadi kerajaan tak lama...

IMG_20221010_174304.jpg
IMG_20221010_174344.jpg IMG_20221010_174328.jpg
IMG_20221010_174316.jpg
IMG_20221010_174356.jpg IMG_20221010_174436.jpg IMG_20221010_174424.jpg IMG_20221010_174409.jpg
IMG_20221010_174450.jpg IMG_20221010_174532.jpg IMG_20221010_174506.jpg IMG_20221010_174519.jpg IMG_20221010_174628.jpg IMG_20221010_174546.jpg IMG_20221010_174642.jpg IMG_20221010_174602.jpg IMG_20221010_174719.jpg IMG_20221010_174733.jpg IMG_20221010_174654.jpg IMG_20221010_174707.jpg IMG_20221010_174824.jpg IMG_20221010_174747.jpg IMG_20221010_174800.jpg IMG_20221010_174811.jpg
IMG_20221017_195925.jpg IMG_20221017_200004.jpg
IMG_20221017_195946.jpg
Quote kemaruk 17-10-2022 08:05 PM
sesungguhnya UMNO tidak sempurna

tapi tidak bermakna yang lain itu lebih baik
Quote pocongkiutss 17-10-2022 08:05 PM
Semua mcm harom
Quote pocongkiutss 17-10-2022 08:06 PM
Kalau semua area parti bebas yg menang .sapa yg akan memerintah ?

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.178871 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top