CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hidup Lelaki Tak Keruan- Terkejar-Kejar Kerja,Gaji RM600 Je- Balik Rumah Kena Jaga 4 Anak Semua Sakit

17-10-2022 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2684| Komen: 30

GUA MUSANG – Hidup seorang lelaki bagaikan tidak keruan apabila terpaksa terkejar-kejar untuk bekerja dan pada masa sama perlu pulang untuk membantu isterinya menguruskan dua anak orang kelainan upaya (OKU) dan autisme.


Mohd. Fadzli Shafie, 40, berkata, dia kini bekerja di ladang kelapa sawit dengan gaji RM600 sebulan selepas berhenti sebagai pemandu lori kerana perlu membantu isterinya, Azuanina Abd. Rashid, 38, menguruskan dua anak mereka, Muhd. Aiman Shahril, 18, dan Muhd. Aiman Raymi, 16.

Katanya, dua anaknya sakit saraf kini terlantar dan memerlukan bantuan untuk menguruskan diri dan sebagainya.

Foto: Kosmo

“Anak ketiga, Nur Alia Iwanina, 10, pula disahkan autisme dan sehingga kini masih belum pandai membaca dan menulis meskipun sudah bersekolah.

“Muhd. Aiman Shahril disahkan mengalami penyakit saraf sejak umur 10 tahun, manakala anak kedua ketika berusia lapan tahun. Mereka kini hanya hidup terlantar dan memerlukan bantuan menukar lampin pakai buang setiap hari,” katanya ketika ditemui di Taman Agropolitan Rantau Manis di sini.

Menurut Mohd. Fadzli, anak keempat mereka, Nur Alia Farisya, 2, juga masih tidak boleh berjalan dengan baik.

Tambahnya, setiap hari dia perlu memandikan, tukar lampin dan menyuap mereka makan.

“Sehari saya hanya bekerja selama empat jam kerana perlu balik dan membantu isteri.

“Dengan kudrat isteri memang tidak mampu untuk mengangkat keduanya. Selain perlu menguruskan rumah, isteri perlu me­nguruskan seorang lagi anak berusia dua tahun,” katanya.

Ujar Mohd. Fadzli, setiap bulan dia perlu memperuntukkan hampir RM300 untuk membeli lampin pakai buang anaknya yang terlantar.

Pasangan itu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM1,000 sebulan bagi menampung keper­luan dan perbelanjaan harian mereka.

Terdahulu, pasangan itu diziarahi Pengurus Projek Sektor Kemiskinan Yayasan Kebajikan Muslim, Muhammad Azri Abdul Jalil dan rombongan Persatuan Cakna Kasih yang hadir bagi menyampaikan bantuan kepada mereka.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga ini boleh menghubungi Azuanina Abd. Rashid di talian 017-982 7435 atau menerusi akaun Bank Muamalat, 03070005191726.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mehmet 17-10-2022 10:43 AM
Nampak Laki Bini ini cekal.
Quote Thunderclouds 17-10-2022 11:11 AM
Xmo cerca or mention pasal family planning. Kesian kt budak2 tu. Haih.
Quote shernazz 17-10-2022 11:13 AM
Ada anak 2 tahun pulak tu..
Mmg penat la mek...
Yang beso tak boleh berdikari..kesian sungguh
Quote TerataiMelur02 17-10-2022 11:14 AM
Penyakit genetik ke ni?sebab semua anak2 oku.
Quote xtahumenahu 17-10-2022 11:18 AM
TerataiMelur02 replied at 17-10-2022 11:14 AM
Penyakit genetik ke ni?sebab semua anak2 oku.

terfikir benda yg sama
Quote Triple_8 17-10-2022 11:22 AM
Para selesmen kondom di sini ingat orang ini tahu ilmu ghaib kah?
Quote green~tea 17-10-2022 11:38 AM
TerataiMelur02 replied at 17-10-2022 11:14 AM
Penyakit genetik ke ni?sebab semua anak2 oku.

Mesti lah tu...

Boleh tak berenti beranak??? Kalo beranak pun keluar beban je
Quote KamikuP 17-10-2022 11:41 AM
Moga dikurniakan rahmat dan dipermudahkan segala urusan buat keluarga ini. AAmin
Quote me12345 17-10-2022 11:45 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan..
Quote Skuau 17-10-2022 11:57 AM
green~tea replied at 17-10-2022 11:38 AM
Mesti lah tu...   

Boleh tak berenti beranak??? Kalo beranak pun keluar beban je

mungkin pada mulanya(letak xde orng bgtau)...depa tak tau ada penyakit genetik camtu...maka depa pon sudah pasti nakkan zuriat yg 'normal'..sb tu depa beranak lg...begitula andaian kita.
Quote margo20 17-10-2022 12:00 PM
Aku mmg carrier thalassemia laki aku pulak tau lps anak ktorg umo 3 now mmg dh tak beranak sorg tu jela nasib baik normal takde ape
Quote acik79 17-10-2022 12:01 PM
Semoga dipermudahkan urusan…
Quote green~tea 17-10-2022 12:02 PM
Skuau replied at 17-10-2022 11:57 AM
mungkin pada mulanya(letak xde orng bgtau)...depa tak tau ada penyakit genetik camtu...maka depa p ...

Ye la maybe awal2 tu takde org tau.. ni sampai 4 anak all OKU..  astaghfirullah.. i doakan life diorg dipermudahkan

Arwah mak i OKU.. diagnosed masa adik i lahir, doc advise terus auto ikat je jangan terberanak takut penyakit dia tu genetic and terkena anak2 dan juga takut dia tak mampu besarkan anak2... I dgn my brother both kena test DNA segala... alhamdulillah kitorg clear...
Quote Prickford 17-10-2022 12:08 PM
TerataiMelur02 replied at 17-10-2022 03:14 AM
Penyakit genetik ke ni?sebab semua anak2 oku.

Was thinking the same thing too. Ataupon setiap kali peknen, si ibu ada tak ambil apa2 supplement termasuk acid folic
Quote monreyes 17-10-2022 12:13 PM
apa punca..demam panas ke
Quote midori888 17-10-2022 12:17 PM
Kesian... semoga tabah hadapi dugaan
Quote aura77 17-10-2022 12:40 PM
margo20: Aku mmg carrier thalassemia la ...

Laki kau pembawa juga ke .klu pembawa...memang kesian la kat ank2.  
Quote lattehazelnut 17-10-2022 12:59 PM
Kalau google gua musang n penyakit saraf banyak betul kes..
Keturunan tu mungkin ada la peranan sikit tp ni terjd kat byk family kot..
Air kopi o kah, ibu mengandung xcukup nutrients, masa delivery ada complication..
Quote vee_zara 17-10-2022 01:06 PM
Detect time dah besar. I wonder masa kecik budak2 ni mcm mana laa.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.209671 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top