CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nazihah Mangsa Rentung Beli Buah Zuriat Di Makkah, Teringin Hamil Selepas 3 Tahun Kahwin

17-10-2022 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1444| Komen: 5

Rakaman video terakhir Allahyarham Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, atau Azie yang tersenyum manis di dalam kereta beberapa jam sebelum terlibat kemalangan akan disimpan sampai bila-bila.


Memandangkan video itu hanya dikongsikan di status aplikasi WhatsApp serta Instagram story sekitar pukul 4.42 petang Sabtu dan akan lenyap dalam tempoh 24 jam, suami arwah, Muhamad Redzuan Jamil, 28, meminta pertolongan agar rakaman itu segera disimpan.

"Tolong simpankan video ni untuk aku, bini (isteri) aku tak ada, handphone aku, dompet aku, kereta aku semua dah tiada," demikian kata Redzuan.

Foto: Tiktok

Enggan membiarkan ia lenyap, sepupu Redzuan iaitu Nur Izzah Atikah, 28, mengambil inisiatif untuk merakamkan semula video berkenaan daripada telefon bimbit ibu saudaranya yang juga mentua kepada Nazihah.


"Mak long (ibu Redzuan) pun minta saya tolong simpankan video itu, ia yang terakhir daripada arwah Azie.

"Memandangkan handphone mak long tiada (fungsi) screen recording, saya buat video dengan rakam semula guna telefon saya," kata Izzah ketika dihubungi mStar.

Video yang sama turut dikongsikan Izzah di TikTok hingga meraih lebih 1.6 juta tontonan.



Terdahulu, dua individu dilaporkan rentung manakala empat terselamat dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan melibatkan empat kenderaan berdekatan Sedenak kira-kira pukul 7.47 malam, Sabtu.

Pasangan ini disifatkan sebagai 'loving couple' yang tidak pernah berpisah sejak berkahwin tiga tahun lalu.

Nurul Nazihah ditemukan tersepit dalam Proton Wira manakala seorang lagi adalah mangsa dalam Toyota Vios yang belum dikenal pasti identitinya.

Kira-kira dua minggu lalu, arwah dan suaminya baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah di Makkah.

Dalam pada itu bercerita lanjut mengenai arwah Nazihah dan suaminya, Izzah berkata pasangan itu saling sayang menyayangi antara satu sama lain dan tidak pernah berpisah sejak berkahwin tiga tahun lalu.

Malah mereka juga cukup disenangi ramai dengan keperibadian yang suka menolong orang.

"Semalam waktu saya sampai rumah Redzuan dia masih tidur, nampak dia mengigau. Mereka ni loving couple dan tak pernah berjauhan.

"Waktu proses nak kebumikan arwah, ramai betul kenalan dia datang. Selain kawan-kawan kerja, ahli group umrah yang pergi bersama mereka tempoh hari pun datang.

“Mereka ceritakan yang kedua-dua pasangan ni sangat menyenangkan hati semua. Mereka merupakan pasangan paling muda dalam kumpulan tu. Jadi mereka la yang tolong uruskan beg-beg warga emas dalam kumpulan itu di sana," kata Izzah lagi.

Tambah Izzah, dia difahamkan kunjungan Nazihah dan suaminya ke Tanah Suci juga sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.

"Salah satu sebab mereka pergi umrah ialah untuk berdoa semua Allah kurniakan anak... sebab tu dia beli buah zuriat," katanya.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Ogos 2019.

Jenazah Nurul Nazihah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi, kira-kira pukul 3.40 petang Ahad.

Lebih 100 sanak-saudara dan rakan-taulan membanjiri kawasan tanah perkuburan itu bagi memberi penghormatan terakhir. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 17-10-2022 10:44 AM
al fatihah.
tak sanggup nak tgk video kat tiktok.

selain dr dashcam, kena beli fire extinguisher kecik utk kereta.
Quote seripahzeripah 17-10-2022 11:14 AM
Kannn..tapi nk letak yg dkt mananya...
Quote KamikuP 17-10-2022 11:40 AM
Salam takziah buat keluarga.
Mmg menyayat hati tengok
Quote rosedemon 18-10-2022 09:29 AM
mmg xda rzeki hamil di dunia. al-fatihah
Quote Artemesiaa 18-10-2022 09:31 AM
Manusia hanya mampu merancang yang berkuasa juga yang menentukan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048337 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top