Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kecewa dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabel kerjasama kedua-dua parti itu sebelum ini ibarat ‘durian mentah”.
Menurut Ahmad Zahid, adalah tidak wajar untuk melabelkan sesuatu kerjasama, sebuah pertubuhan atau parti politik sama dengan mana-mana haiwan, tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan. Beliau bagaimanapun berpendapat, ia hanyalah pandangan peribadi Abdul Hadi sahaja dan tidak berhasrat untuk membalas atau membuat kenyataan yang mengaibkan mana-mana pihak. “Saya khuatir duri buah durian itu tajam dan siapa yang ada di bawah (pokok) jika kena kepala atau badan, lukanya tajam, jadi jangan main-main dengan durian sama ada yang sudah masak atau belum masak.
“Maka, tunggulah, kalau durian itu terjatuh ke bawah, saya (rasa)(siapa) tidak dapat elak, ia akan terkena kepada seseorang… Faham tidak mengapa, tidak faham pun tidak mengapa,” jelas beliau pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi dalam kuliahnya dua hari lalu yang menganggap kerjasama yang dijalin antara kedua-dua parti itu ibarat “durian mentah” yang boleh menyebabkan seseorang mengalami perut kembung jika dimakan. Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, walaupun Pas mengambil keputusan enggan bekerjasama dengan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pihaknya percaya akan ada parti lain yang bersedia bekerjasama secara tidak rasmi untuk membentuk majoriti dua pertiga selepas pilihan raya tersebut. Sumber: UTUSAN
|
DeLuna85 replied at 16-10-2022 09:54 PM
Durian untuk di makan bukan di buat main.
ecahaha replied at 17-10-2022 12:12 AM
duri durian yg tajam.. bukan luka dia tajam.. luka dia tu sakit.. struktur ayat pun salah.. mcm tak ...
ADVERTISEMENT