CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Dakwaan Rasuah Tak Dapat Difailkan Kerana Kehabisan Kertas

16-10-2022 09:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1032| Komen: 4

Pejabat Pendakwa Raya Pencegahan Rasuah Moldova dilaporkan sedang bergelut untuk memfailkan dokumen dakwaan kerana tidak mempunyai kertas cetakan yang mencukupi, lapor laman berita RT semalam.


Menurut ketua jabatan, Veronica Dragalin, pihaknya juga berdepan kekangan kelengkapan yang kurang dan ketiadaan kakitangan mencukupi.


Gambar hiasan

“Kami memerlukan banyak kertas bulan ini untuk menghantar kes ke mahkamah. Ini adalah masalah sebenar. Kami tidak boleh menghantar kes dengan 40 jilid kerana kertas itu telah kehabisan.

“Kami juga perlu membuang masa dengan menghubungi Pejabat Pendakwa Raya dengan permintaan untuk memberikan lebih banyak kertas,” ujar Dragalin.


Beliau turut mengadu bahawa walaupun undang-undang antirasuah diluluskan pada 2016, pejabatnya tidak mempunyai semua sumber yang diperlukan.

“Sebagai contoh, di bawah undang-undang, Pejabat Pendakwaan Pencegahan Rasuah mesti mempunyai bajet sendiri, pejabat sendiri dan laman web sendiri tetapi kami tidak mempunyai semua ini.

“Jika kita mahukan hasil, kita perlukan alat yang lengkap untuk melaksanakan tugasan. Kami memerlukan pegawai yang berkebolehan dan bertanggungjawab” tambahnya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 17-10-2022 12:04 AM
dulu masa aku koje office gomen pun, selalu masalah kekurangan kertas A4 ni.. dah ler banyak benda nak print, nak fotostat nye.

sekarang office company private, stok A4 sampai tiap bulan bertingkat-tingkat
kalau habis, masuk je stor tu topup sendiri kat mesin

why ehh
Quote Page88 17-10-2022 07:14 AM
This happens a lot actually.
Quote mekfazura 17-10-2022 08:52 AM
Semoga isu ini dapat memberi manfaat serta idea bg jabatan peguam dan hakim negara kita. jangan dok ulang isu lama
Quote stingergrumpy 17-10-2022 08:54 AM
Hence must have SELECTIVE PROSECUTIONS...to save papers and the environment....

Wakahkahkahkahkahkah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.323853 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top