CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Badan Lebam-lebam, Bayi 3 Bulan Maut Akibat Hentakan Objek Tumpul Di Kepala

16-10-2022 09:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1314| Komen: 5

Hasil laporan bedah siasat terhadap mayat bayi lelaki berusia tiga bulan yang dibunuh bapanya di sebuah rumah di Mukim Padang Hang, Isnin lalu mendapati mangsa mati akibat hentakan objek tumpul di kepala.


Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan oleh pakar forensik turut menemui kesan luka selain lebam di beberapa bahagian badan bayi berkenaan.


Gambar hiasan

Menurutnya, kecederaan pada bayi itu adalah disebabkan daripada objek tumpul dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Tempoh reman terhadap suspek sepatutnya berakhir esok dan kita akan merujuk kes itu pada Timbalan Pendakwa Raya dengan segera.


"Kalau boleh kita tuduh, kita akan tuduh terus kalau tidak boleh tuduh kita akan sambung reman lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Media bersama Ketua Polis Kedah di Mess Pegawai, Jalan Kolam Air, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, mayat seorang bayi di atas katil di dalam sebuah rumah sebelum bapanya yang berusia 28 tahun ditahan polis sejurus selepas itu.

Ketika kejadian isteri suspek berusia 22 tahun tiada di rumah dipercayai bergaduh dan dipukul suspek sebelum bertindak melarikan diri.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 16-10-2022 10:32 PM
Apa nak jadi lah. Manusia lani semua sakit jiwa. Takda rasa empathy. Anak sendiri kot.
Quote Goodluckdontcry 17-10-2022 12:34 AM
Edited by Goodluckdontcry at 17-10-2022 12:36 AM

den sedari dulu klu nk pegang cuit2 baby, punyalah berhati2...gosok pun mcm ibarat xgosok.. punyalah tangan JD keras kejung, supaya dpt gosok dgn lembut...SBB punyalah takut..baby sakit ke..die xselesa ke..

KO jantan puaka syaitan laknatullah Dr spesis manusia..Ko mmg xlayak jd manusia apatah LG seorg Bapa..ko patut JD khinzir laut jer Dan KO layak mati dgn azab terseksa.mudah2 an...
Quote orkidorkido 17-10-2022 12:53 AM
Kenapa tak bawa anak lari sekali? Sedih betul
Quote I.K.A888990 17-10-2022 12:58 AM
Ya Allah anak yg xberdosa kau buat macam tu
Quote KamikuP 17-10-2022 09:09 AM
Moga lelaki ni waras masa kejadian dan dijatuhi gantung sampai mati masuk neraka jahanam

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.101723 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top