CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kongsi Katil Bujang, 3 Lelaki Sewa Pangsapuri Sempit Bergilir Tidur

16-10-2022 09:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2312| Komen: 18

Kisah tiga pemuda di Shanghai, China yang terpaksa berkongsi katil untuk menyewa sebuah pangsapuri sempit mencetuskan perdebatan di media sosial mengenai kegawatan ekonomi di negara itu, lapor akhbar South China Morning Post semalam.


Ketiga-tiga lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu memutuskan untuk berkongsi sebuah unit pangsapuri kecil dengan bayaran AS$125 (RM587) sebulan yang hanya mempunyai tandas, bilik tidur kecil dan balkoni.


SCMP

Ia juga mempunyai kelengkapan asas seperti sebuah katil bujang, almari pakaian, set meja dan pendingin hawa.

Menurut video yang disiarkan oleh Star Video, ketiga-tiga lelaki itu bekerja pada masa yang berbeza dalam sehari.


Ia membolehkan mereka menggunakan katil untuk tidur pada waktu berbeza sementara yang lain keluar bekerja.

Meskipun harga sewa pangsapuri itu sudah dikira murah, mereka masih cuba mengurangkan bayaran sebanyak AS$13 (RM65).

Ejen rumah tersebut tidak mengesahkan sebarang perubahan harga tetapi menurutnya, sewa sebanyak AS$125 (RM587) sudah sangat berpatutan.


SCMP/Baidu

“Kami akan mengambil ini (menyewa rumah) jika harga sewa menurun kepada AS$125 (RM587),” kata salah seorang lelaki itu.

“Bagaimana anda akan berkongsi katil?” tanya ejen berkenaan.

“Tidak mengapa, kami mempunyai syif bekerja berbeza jadi kami akan bergilir-gilir tidur,” jawab lelaki berkenaan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 16-10-2022 09:56 PM
patut la dh mai Msia x nak balik...pelik tetapi benar...tanahnya bosar..'rumahnya sempit'..banding Msia...tanah(semenanjung) nya sempit..rumahnya luas2...
Quote begg 16-10-2022 10:15 PM
Skuau replied at 16-10-2022 09:56 PM
patut la dh mai Msia x nak balik...pelik tetapi benar...tanahnya bosar..'rumahnya sempit'..banding M ...

Hahaha..  Betul!
Quote Abahmung 16-10-2022 10:46 PM
Skuau replied at 16-10-2022 09:56 PM
patut la dh mai Msia x nak balik...pelik tetapi benar...tanahnya bosar..'rumahnya sempit'..banding M ...

Atleast jauh lbh baik drpd bilik saiz keranda kat KL..

Quote Highflyer19 16-10-2022 10:47 PM
A good reminder to local chinese to be grateful of what they have here…and stop whining and complaining…and dont blame the govt for everything…learn to say im so blessed to be living here
Quote Carcosa 16-10-2022 10:49 PM
Edited by Carcosa at 16-10-2022 10:52 PM

Boleh je letak tilam satu lagi kat bawah tu
Kalau tetiba ada 2 orang dlm satu masa, alihkan la drawer kecik tu. Lagi senang beli inflatable mattress . Habis pakai, gulung2, masuk bawah katil. Tapi tak Best sgtlah tido
Quote mojarean_X 16-10-2022 10:49 PM
Skuau replied at 16-10-2022 09:56 PM
patut la dh mai Msia x nak balik...pelik tetapi benar...tanahnya bosar..'rumahnya sempit'..banding M ...

Sebahagian china terutama di belah barat tanah gersang x bole digunakan. Jd sebahagian besar menghuni belah timur negara tersebut
Quote Belibis 16-10-2022 10:52 PM
Skuau replied at 16-10-2022 09:56 PM
patut la dh mai Msia x nak balik...pelik tetapi benar...tanahnya bosar..'rumahnya sempit'..banding M ...

Dah la taknak balik ..banyak bunyik pulak..itu talak butul..ini talak kina..kannina..
Quote dudaberhias 16-10-2022 11:01 PM
dah duduk di shanghai gitu lahhh rhoperrrr rumahnya kalau nak sewa murah2...

cuba duduk di ulu2 yunnan ke xinjiang tu... satu ladang tu ko punya nyahhh kalau rajin teroka bela babi golek... agittuhhh
Quote Adrif 17-10-2022 12:07 AM
Abahmung replied at 16-10-2022 10:46 PM
Atleast jauh lbh baik drpd bilik saiz keranda kat KL..

raptai hari mati mungkin

bilik besar tu macam mana la nak solat. nak rukuk kepala bontot semua terhantuk.
Quote monreyes 17-10-2022 01:38 AM
kat msia ni pun bangla buat benda sama...sbb ada yg keje shift siang n mlm..bila kena covid satu rumah..baru gelabah
Quote Jitu 17-10-2022 08:10 AM
nampak mcm muat klu letak katil double decker

Quote supernaturalee 17-10-2022 08:21 AM
Jitu replied at 17-10-2022 08:10 AM
nampak mcm muat klu letak katil double decker

triple pun ada kan

since dh ada air cond tu
x risau klu katil tu agk tinggi

balkoni tu blh tutup kot
lps tu setup lemari 3 pintu
dh ada ruang baju
mybe blh bg ruang sikit dlm sekaki, 2 utk ruang udara
jgk ruang melepas dendam





Quote ninja boy 17-10-2022 08:25 AM
Bandar besar china mmg golongan kerja bawahan mmg kesian semua kos tinggi utk tinggal di bandar besar yg perlukan tukang sapu cuci toilet
Quote cikatilia 17-10-2022 08:27 AM
katil tu menyemak lah... pakai aje tilam tidur bertiga.
Quote Jitu 17-10-2022 08:32 AM
supernaturalee replied at 17-10-2022 08:21 AM
triple pun ada kan

since dh ada air cond tu

triple tinggi sangat ssh nak turun naik
kena perut memulas naya nnt
yg double decker queen + single pun elok dah ni
Quote Tinot7 17-10-2022 08:33 AM
Deme nak kurangkan rega sewa supaya mudah nak bahagi 3 kott..
Quote supernaturalee 17-10-2022 08:40 AM
Jitu replied at 17-10-2022 08:32 AM
triple tinggi sangat ssh nak turun naik
kena perut memulas naya nnt  
yg double decker queen +  ...

yg bwh saiz queen xkn la nk share tido
lain plk jdnya nnt
dh la sempit2 gitu
nk plk mai time musim sejuk
ter brokeback mountain plk nnt





Quote KamikuP 17-10-2022 09:11 AM
Hidop susah mati pon susah .. ekekeke

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.197296 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top