CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Harap Isu Guru Mohd Fadli Capai Keputusan Menang-Menang

16-10-2022 09:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1334| Komen: 7

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap isu membabitkan guru Mohd Fadli Mohamed Salleh dengan Kementerian Pendidikan mencapai keputusan menang-menang.

Beliau yang dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pagi tadi telah berhubung dengan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkhairuddin Ghazali petang tadi bagi mendapatkan penjelasan berhubung kejadian.


Foto: Nikkei Asia

Menurutnya, jawatankuasa disiplin kementerian juga akan bersidang esok, berhubung isu tersebut, yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

"Surat tunjuk sebab adalah perkara biasa dalam jabatan kerajaan, namun saya berharap keputusan positif akan dicapai pada mesyuarat esok. Insya-ALLAH apa yang digambarkan dalam surat itu atau di media sosial seperti akan dipecat, diturunkan pangkat dan sebagainya tidak akan berlaku.


"Pihak kementerian tidak boleh melepaskan kakitangan yang mengeluarkan komen (di media sosial) namun dalam masa sama, hukuman yang terlalu keras kepada pegawai dan kakitangan juga tidak wajar, selain pegawai dan kakitangan juga perlu menghormati kementerian," katanya.

Perdana Menteri berpandangan kementerian dalam menjaga integriti mereka, juga perlu mendengar pandangan bukan hanya daripada guru, tetapi juga masyarakat dan berdasarkan reaksi yang diterima selepas isu tersebut tular, ramai yang memberikan maklum balas negatif.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote .HannahMontana. 16-10-2022 09:11 PM
bukan menang untuk cikgu itu sahaja tetapi menang atas apa isu yang dia perjuangkan selama ini .

Itu hasrat nya mesti kerajaan penuhi .

rosak sistem pendidikan negara disebabkan semua perkara di politikkan bagi mendapatkan secebis habuan untuk sesetengah golongan.

rata-rata  setuju dengan perjuangan cikgu tu tp xberani nak kedepan kerana bimbang mata pencarian  terputus sebab dikatakan melawan  pihak atasan.

demokrasi mmg benar-benar tahi tinggalan penjajah.

ahli-ahli politik mmg suka demokrasi sebab boleh sedut duit.

lepas negara dapat ke parti lain , nanti lain pula dasar yg digubal...berulang...kita xkemana ,,,xkan maju ..sebab yg teraju negara rata-rata org-org politik yg bukan bidang , dia naik sebab politik dan undi rakyat.

yg sakit dan sesak nafas tu rakyat tanpa kuasa , hiduplah dengan hadap apa segala bala  yg dicipta golongan tamak haloba.

azab dohhhhhhhhhhhhhh

now talking about menang-menang ??
nak cakappppppppppp punnnnnnnnnn takuttttttttttttttttttttttttttttttt nii nak PRU kannn

dajjei sungguh laaaaaaaaaa
Quote lostnfaun 17-10-2022 08:23 AM
Kalau PM dah ckp gitu maknanya
Cikgu fadli & netizen = 1
KPM, JPN, PPD = 0

Tp isu sbnrnya bukan psl cikgu tue tapi pd silibus & beg berat.
Quote adeqbun 17-10-2022 09:09 AM
itu je ke ko leh komen bapak dafi oit
Quote KamikuP 17-10-2022 09:14 AM
Meolss sokong cikgu fadli. Isu yg diutarakan tu betoi belaka. KPM takut atau mals buat kerja le tu makan ggaji buta tua2 taknak pencen lagi mau sambung kontrak apooooooo
Quote jalfa 17-10-2022 09:16 AM
Masalah cikgu terpaling ni semua buat ikut medsos.semua kakitangan kerajaan kan terikat dgn etika..bab beg berat dgn sylibus syok senduri aku sokong je cikgu fadli.
Quote makneng 17-10-2022 09:50 AM
Dah nak PRU, kemain ekkk selama ni buat sengap.
Quote stingergrumpy 17-10-2022 09:58 AM
Kalau bab batu puteh,batu merah,batu bertangkup sanggup set up jawatankuasa khas to review case konon isu sovereignty....pala hanggok ko...

Tang isu on the ground yg ada impak pada anak bangsa ko....nak kena tunggu berbulan bulan sampai nak kena viralkheun baru nak dengar...

Pala boo toe ler

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.097366 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top