Datin Anne Ngasri, 38, memaklumkan suaminya, Datuk Mohd Sumali Reduan tidak bertanding sebagai calon di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Selebriti juga Exco Pengerakan Puteri UMNO Malaysia itu bagaimanapun akan turun bersama suami untuk membantu jentera parti Barisan Nasional (BN) pada kempen PRU-15 nanti. Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri berkata mereka mahu membantu BN kembali mendapatkan mandat demi kestabilan dan kemakmuran negara. "Justeru, saya harap anak muda yang menjadi pengundi baharu faham dan mengundilah dengan bijak. Jangan mengundi dengan emosi," katanya turut mengulas mengenai harapan terhadap pengundi-pengundi belia.
Anne berkata, apa yang dikatakan bijak itu kerana mengundi juga boleh diibarat seperti kita menghadapi peperiksaan. Katanya, kita perlu tahu jawapan pada soalan yang diberi dan perlu 'study' (belajar) juga untuk mengundi. "Sebabnya, semua parti pernah mentakbir negara ini. Jadi, tak ada ruang untuk cubaan. Ia untuk masa depan hidup kita di dunia. Apapun, saya sangat percaya pada PRU-15 ini akan ada ramai pengundi yang bijak. "Dan, perkara yang sangat penting pastinya jangan mengundi kerana individu atau pemimpin semata-mata, tapi kerana untuk memajukan negara yang memerlukan 'team' (pasukan) yang bagus. Bukan individu," katanya. Sumber: Harian Metro
|
Carcosa: Tu laki dia ke. Tak, penting ke nak kena letak umur selepas letak nama dia
ADVERTISEMENT