Seorang warga emas yang maut dipenggal rakannya pernah mendakwa mempunyai hubungan dengan Charles yang ketika itu masih putera mahkota dan boleh berhubung dengan ahli keluarga diraja itu menerusi YouTube.
Saksi pendakwaan, pakar psikiatri, Dr Alyson Callan berkata, Mee Kuen Chong, 67, atau dikenali sebagai Deborah disahkan menghidap masalah kesihatan mental. Katanya, ini kerana wanita itu mendakwa mempunyai perhubungan dengan Putera Charles ketika itu dan percaya dia boleh berkomunikasi dengan putera itu menerusi YouTube. "Dia juga menulis beberapa surat kepada putera raja serta Boris Johnson yang juga Perdana Menteri pada masa itu.
"Kandungan surat itu tidak mengandungi apa-apa yang membimbangkan tetapi ia pelik, menunjukkan dia mengalami satu lagi episod penyakit mental. "Deborah turut dirujuk pada 2017 selepas dimasukkan ke unit kesihatan mental. "Pada Mei lalu, dia diberikan ubat antipsikotik tetapi mengadu tidur dan selera makannya terjejas pada awal Jun lalu, " katanya kepada Mahkamah Jenayah Pusat Old Bailey, kelmarin. Saksi seterusnya, Lorenia Alvaranqa, wanita yang pernah menginap dengan Deborah, memberitahu mahkamah, dua minggu terakhir sebelum berpindah, Deborah tidak makan atau tidur kerana menghabiskan masa berjam-jam menulis surat kepada perdana menteri dan kerajaan United Kingdom. Seseorang yang pergi ke gereja sama dengan Deborah, Michael McGreal turut memberitahu mahkamah tentang surat itu serta menyifatkan warga emas itu mempunyai pandangan politik yang kuat. Pada 11 Jun lalu, Deborah diserang Jemma Mitchell, 38, di rumahnya di barat laut London secara kejam. Wanita itu yang menafikan pembunuhan terbabit, didakwa memenggal kepala Deborah sebelum membuang jasadnya di Salcombe, Devon, kira-kira 15 hari selepas kejadian. Pada petang 26 Jun, Mitchell menghantar kenderaannya itu ke bengkel di Malborough, berhampiran Salcombe kerana tayar pancit. Mekanik, Lee Gardin, sebelum ini berkata, kereta sewa Mitchell mempunyai bau busuk. SumberL Harian Metro
|
ADVERTISEMENT