Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan diberi tempat sesuai untuk mewakili UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan berkata demikian susulan Khairy memberi laluan kepada beliau untuk bertanding di Parlimen Rembau. "Kita tidak mahu bakat beliau hilang begitu sahaja, kita cuba cari tempat sesuai untuk beliau bertanding pada PRU15. "Alhamdulillah, itu semangat kekeluargaan di Rembau ini... kami ini beradat. Jadi kita beradat dalam terang. Kita pastikan supaya jentera di Rembau ini akan dipertingkatkan, jadi tak ada isu kerusi Rembau lagi. Insya-ALLAH," katanya.
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ucapan penggulungan Khairy yang memberi laluan kepada beliau untuk bertanding di Parlimen Rembau semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau yang dihadiri oleh 860 perwakilan di sini pada Sabtu. Sumber: Sinar Harian
|
caprut replied at 16-10-2022 06:49 PM
Knp aku rasa KJ ni org umno pon tk suke dia gak
white_musk replied at 16-10-2022 07:58 PM
Akak cadangkan kalau dia calon kat Seputeh, itu pun kalau benar2 mahu tahu pengundi malayu suka dia ...
CiliPadiSedap replied at 16-10-2022 08:15 PM
kj ada kem sendiri. masing2 ada kem sendiri dalam politik. kaka rasa yb mat ni bakal jd pm next p ...
CiliPadiSedap replied at 16-10-2022 08:15 PM
kj ada kem sendiri. masing2 ada kem sendiri dalam politik. kaka rasa yb mat ni bakal jd pm next p ...
mamajawie replied at 17-10-2022 01:35 AM
Harap KJ menang n jadi muntri KBS balik..siyes bergetar ovari nokss teringat gambar KJ pikul balak t ...
ADVERTISEMENT