CHENNAI: Seorang bapa meninggal dunia akibat serangan jantung selepas mengetahui anak perempuannya maut digilis kereta api.
Portal Indiatimes melaporkan, Manickam, 56, pengsan dan dikejarkan ke hospital selepas mengetahui berita sedih mengenai anak perempuannya sebelum disahkan meninggal dunia. Terdahulu, Sathyapriya, 20, terbunuh selepas seorang lelaki menolaknya jatuh di landasan ketika kereta api sedang bergerak di St. Thomas Mount di bandar ini. Pelajar Kolej Jain itu dilaporkan dalam perjalanan untuk menghadiri kuliah apabila dia berdepan dengan penyerang yang dikenali sebagai Satheesh, 23.
Satheesh cuba melarikan diri namun berjaya ditahan polis dan keluarganya mengesahkan mangsa mengenali suspek. Ibu mangsa merupakan Ketua Polis di balai polis Adambakkam di Chenai, manakala bapa suspek adalah seorang pesara polis. -CARI Sumber: Utusan Online
|
begg replied at 16-10-2022 10:57 PM
British kasi bawak masuk kaum ni la kan?
Page88 replied at 17-10-2022 10:14 AM
The age of the father is wrong. He was 47 & the mother was 43 years old. Sathya was in love with thi ...
Page88 replied at 17-10-2022 10:06 AM
WTF are you talking about racist??? At every given chance you bloody racist want to attack Indians ...
cmf_PariS replied at 17-10-2022 10:59 AM
omg dasar betul la..... gile punya org!
ADVERTISEMENT