CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Tahu Siapa Bagi, Amir Masdi Dapat Hadiah Gitar Harga Beribu Ringgit Daripada Peminat Misteri

16-10-2022 06:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2358| Komen: 8

Amir Masdi, terharu apabila menerima hadiah gitar dan sepasang kasut berjenama mewah sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-26, dua hari lalu.

Menurut Amir, gitar berwarna merah jambu itu dihadiahkan seorang peminat misteri, manakala kasut jenama Adidas Gucci pula diterima daripada kelab peminatnya, Ampire.

Foto: IG

“Saya tidak sangka dapat hadiah itu. Gitar jenama Greatsch itu kalau tidak silap saya mencecah RM3,000. Tetapi, sampai sekarang saya tidak tahu siapa yang hadiahkan kerana pemberi tidak letak nama.

“Paling terharu apabila ahli kelab peminat Ampire mengumpulkan duit untuk membelikan kasut. Saya terharu sangat dengan tanda ingatan ini.


“Terasa begitu dihargai dan disayangi. Terima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya saya selama ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam satu acara hiburan.



Penyanyi lagu Kau Sakiti itu berkata, sempena ulang tahun kelahirannya juga, dia bersyukur hasrat memiliki piano digital untuk memudahkan kerja seninya menjadi kenyataan.

“Saya beli piano berwarna putih itu pada harga RM7,000 dengan hasil titik peluh sendiri. Memang sudah lama saya idamkan untuk buat latihan dan asah kemahiran muzik. Selama ini, saya berlatih menggunakan gitar.

“Sebelum ini, saya berhajat untuk beli dram, tetapi mengenangkan ruang saya berkarya tidak dilengkapi dengan sistem kedap bunyi, lebih baik saya beli piano. Jadi, saya tidak mengganggu jiran dengan bunyi kuat,” katanya.



Dalam perkembangan lain, Amir menyimpan hasrat untuk berduet dengan penyanyi idolanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas rakaman semula lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian asal Ella mendapat sambutan pendengar.


“Bagi saya, ia satu penghargaan apabila dapat membuat persembahan bersama penyanyi nombor satu negara. Saya berharap Tokti sudi untuk bekerjasama nanti, insya-Allah. Tidak salah kalau berangan-angan bukan?” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 16-10-2022 11:03 PM
Ada lagi ke, kelab2 peminat niii
Mesti di anggotai cikki2 yg single, yg mengidamkan retis2 ni yach. Koser lah
Quote DeLuna85 16-10-2022 11:06 PM
Sanggupnya perempuan2 ni nak tubuhkan kelab peminat. Siap kumpul duit lagi. Belikan hadiah lagi. Apa yang diingini dari mereka2 ini.
Quote ashcroft86 17-10-2022 01:17 AM
Acik2 sgt peminat pon.... cool ladies xbuat kot bnde2 cmni... sound harsh, tapi tu lah. Tapi nak cmne klu dah minat yang sgt mendalam kan...
Quote rosedemon 17-10-2022 10:01 AM
yelah tu amir oi nth2 ko sndiri yg beli
Quote eely_shana 17-10-2022 11:49 AM
Dia ni berbakat tapi kurang femes
Quote RinIna 17-10-2022 12:38 PM
Yela tu... spela peminat yg ngokngek sgt berhabis duit demi apa ek nak gelar.. malasla.. lntkla nak syiok sndiri
Quote dudaberhias 17-10-2022 12:41 PM
potong la rambut tuuu dikkkk.... kepam sangat sebab rambut tu...

padahal heshe ok jah dulu2 ada je rupa....

ni dah macam ponen rambut panjang gitu... bukan penyanyi rock pun... even kalau penyanyi rock pun dah ketinggalan rambut tersangkut dek zaman macam rambut amy search tu... awie pun dah bertaubat potong rambut pendek...
Quote sukacactus 17-10-2022 12:49 PM
Kalau aku la, dr beli hadiah utk retis, baik beli hadiah utk pasangan sdr

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.057099 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top