CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Berang! Album Kahwin Penuh Gambar Kerusi Dan Meja, Dah Macam Katalog Perabot

16-10-2022 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5876| Komen: 53

Seorang pengantin meluahkan rasa kecewa apabila hasil album perkahwinannya tidak seperti yang diharapkan apabila tiga muka surat pertama hanya dipenuhi dengan gambar kerusi dan meja kenduri serta pelamin kosong.


Lebih menyedihkan adalah hasil yang diambil kebanyakan kelihatan ‘bergegar’ dan tidak fokus, malah gambar tersebut dirakam dari jarak jauh sekali gus tidak menampilkan wajah pengantin.



“Pilih lokasi nikah ala-ala taman sebab nak gambar cantik, tapi hasilnya tak ada satu pun ‘close up’ muka, penat bayar mahal, video kahwin pun gegar, tapi katanya pakai ‘stabilizer’.

“Tahu tidak semahal pakej lain, pakej video dan gambar RM1,699, tapi tiga muka surat pertama gambar kerusi meja dah macam katalog jual perabot,” luah Nadia dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini.




Katanya, dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak, namun sebagai pelanggan pastinya dia inginkan hasil terbaik untuk disimpan sebagai kenangan perkahwinannya bersama suami.

Menurutnya lagi, pihak pengantin juga tidak diberikan draf gambar untuk dipilih sebelum dijadikan album.


Susulan perkongsian itu, pelbagai reaksi turut diberikan oleh pengguna lain dan rata-ratanya faham dengan perasaan terkilan pihak pengantin apabila hasil yang diterima tidak memuaskan.



“Memang dah macam katalog perabot, lebih promosikan gambar kerusi meja yang tidak ada orang,” komen Aliya.

“Selalunya dalam album fokus gambar pengantin berdua, kalau ada gambar ramai pun macam keluarga, ‘bridesmaid’,” ujar seorang pengguna. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 16-10-2022 06:44 PM
Hahaha lawak
Quote CiliPadiSedap 16-10-2022 06:53 PM
Edited by CiliPadiSedap at 16-10-2022 06:55 PM

[youtube]BGk3KUNHOgI[/youtube]

jangan sampai mamat viral ajar buat video viral kahwin

[youtube]KmBXXoGko_c[/youtube]
Quote wikedsaikel 16-10-2022 06:54 PM
Bodohnya yg buat keja ni.
Quote jazaa100 16-10-2022 07:00 PM
CiliPadiSedap replied at 16-10-2022 06:53 PM
jangan sampai mamat viral ajar buat video viral kahwin

Photographer ni mesti berdendam dgn pengantin.....
Siap kena tembak.....

Quote Tinot7 16-10-2022 07:02 PM
Iols speku minah ni tak lawa, sbb tu fotografer pun malaih nak amik gambaq dekat2.. hat pengantin laki ada jahh gambaq dekat2 tuh..
Quote CiliPadiSedap 16-10-2022 07:03 PM
jazaa100 replied at 16-10-2022 07:00 PM
Photographer ni mesti berdendam dgn pengantin.....
Siap kena tembak.....

dia tulah viral dulu tahun 2018. kasihan pengantin.
Quote supernaturalee 16-10-2022 07:12 PM
Hensem laki die

Anyway beribu byr gini hasil mmg bikin meruap
Tp jap, ms bincang x tgk ke hasil tgn die sblm2 ni

Quote Belibis 16-10-2022 07:13 PM
CiliPadiSedap replied at 16-10-2022 06:53 PM
jangan sampai mamat viral ajar buat video viral kahwin

Pehhh..mantopp..background lagu metallica bdeo kawin..
Lagu selamat pengantin baru dah terlalu klise.
Quote bulanbulat 16-10-2022 07:19 PM
Tinot7: Iols speku minah ni tak lawa,  ...

Lawa ja. Ka. Photog taste ke laki dia
Quote begg 16-10-2022 07:21 PM
Tak payah close up le kalau perut pun buncit..
Quote Kitty_catz 16-10-2022 08:02 PM
sian dhekk, akak tangkap ngan ipon ni pun lg lawa dhekk

Quote msel 16-10-2022 08:08 PM
macam murah je 1600 sekali dengan video. Kalau tak salah la,  dulu masa tahun 2016, 1300 tu pun gambar saja. ntahla.
Quote Suchi 16-10-2022 08:19 PM
Edited by Suchi at 16-10-2022 08:26 PM

Kesian..
Ko upah sapa dik? berapa rate dia
Photog amatur, mmg la takde gambo close up pasal dia guna satu lens je maybe kit lens.
Close up yg ko maksudkan gambo yg ada bokeh yg krispi kan?
Photog ni koman2 kena la ada 2-3 lens.
Wide lens utk gambo beramai2, hat potrait ni biasanya guna 56mm,50mm, 90mm bergantung kepada ruang gak kalau lokasi sempit ok je dengan 35mm.Lens macro mcm 80mm pun sssuai tuk potrait dan close up cth gambo cincin tu haa
Pakai kit lens pun boleh je yg penting siapa yg dibelakang kamera tu,sedangkan guna smartphone pun gambo tetap kebabom kalau mahir dan berbakat amik gambo.
Quote Beribear 16-10-2022 08:27 PM
Ehh mana ada album sekali dgn video harga cmtu. Zaman kawan² iolss kawin pon tahun 2013, 2014 rm1500 pon utk album je. Itu pon dah kena pilih nak album mcm mana, nak kulit album kaca ke. Then texture helaian tu pon kena pilih nak jenis cemana. Apa pon bertabah jelah
Quote Suchi 16-10-2022 08:29 PM
msel replied at 16-10-2022 08:08 PM
macam murah je 1600 sekali dengan video. Kalau tak salah la,  dulu masa tahun 2016, 1300 tu pun gamb ...

Mmg murah, pastu adakah photog dan videographer org yg sama?
Kalau org yg sama mmg ngarut laaa bila masa dia nk shoot gambo dlm masa sama nak rekod bideo?
Ujung2 sikirinshot jaa la video.
Kalau nak jimat sangat2 baik suh je member2 amikkan gambo guna tepon.
Quote Highflyer19 16-10-2022 08:36 PM
Ikea ke harvey norman...
Quote ultra78 16-10-2022 08:36 PM
Kalau setakat gambar mcm tu baik ambil gambar pakai smartphone aje.
Quote LoveSungmin 16-10-2022 08:40 PM
lawak gila
Quote ultra78 16-10-2022 08:42 PM
CiliPadiSedap replied at 16-10-2022 06:53 PM
jangan sampai mamat viral ajar buat video viral kahwin

Astaghfirullah..apalah nasib pengantin tu skrg. Kalau mcm inilah hasilnya,pengantin sanggup bayar kepada videographer supaya jangan sebarkan dan delete video.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.081848 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top