CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jadi Makanan Helang Dan Gagak, Beratus Mayat Dibiar Mereput Atas Bumbung Hospital

16-10-2022 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3296| Komen: 30

ISLAMABAD – Pihak berkuasa Pakistan menemui berpuluh-puluh mayat yang dibiarkan mereput di atas bumbung sebuah hospital di bandar Multan, lapor laman berita Wion News.


Susulan pembongkaran itu, satu siasatan rasmi telah dilancarkan pihak berkuasa bagi mencari punca sebenar kejadian.

Beberapa laporan tidak rasmi mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 200 mayat yang dibuang di atas bumbung jabatan anatomi Hospital Nishtar menjadi sisa makanan helang dan burung gagak.


Foto: IANS

Imej dan video mengerikan itu telah tersebar dengan meluas di pelbagai platform media sosial tempatan.


Ketua Menteri negeri Punjab, Parvez Elahi telah membentuk satu jawatankuasa untuk menyiasat perkara itu.

Enam anggota jawatankuasa itu yang diketuai oleh setiausaha penjagaan kesihatan pakar, Muzamil Bashir diberikan tempoh tiga hari untuk menyelesaikan siasatan.

Stesen televisyen Geo News melaporkan bahawa seorang pegawai tinggi hospital itu menuduh polis dan pekerja penyelamat sebagai punca kepada timbunan mayat berkenaan.

Ketua jabatan anatomi Universiti Perubatan Nishtar (NMU), Dr. Mariam Ashraf berkata, kemudahan perubatan tidak boleh menolak untuk menerima mayat-mayat yang tiba di sana kerana terikat untuk mengambilnya sebagai simpanan.

“Polis dan pegawai penyelamat membawa mayat dan meminta kami menyimpannya tetapi mereka tidak menuntut seperti sepatutnya.

“Kami telah menulis surat kepada mereka beberapa kali dan meminta mereka mengambil mayat namun tiada tindakan susulan.

“Itulah punca kesemua mayat yang reput disimpan di atas bumbung di mana terdapat tiga simpanan khas,” jelasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 16-10-2022 06:36 PM

Pihak berkuasa memeriksa bumbung hospital yang dipenuhi mayat-mayat mereput. - IANS

Timbunan 200 mayat dibiar mereput atas bumbung hospital

ISLAMABAD – Pihak berkuasa Pakistan menemui berpuluh-puluh mayat yang dibiarkan mereput di atas bumbung sebuah hospital di bandar Multan, lapor laman berita Wion News semalam.

Susulan pembongkaran itu, satu siasatan rasmi telah dilancarkan pihak berkuasa bagi mencari punca sebenar kejadian.

Beberapa laporan tidak rasmi mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 200 mayat yang dibuang di atas bumbung jabatan anatomi Hospital Nishtar menjadi sisa makanan helang dan burung gagak.

Imej dan video mengerikan itu telah tersebar dengan meluas di pelbagai platform media sosial tempatan.

Ketua Menteri negeri Punjab, Parvez Elahi telah membentuk satu jawatankuasa untuk menyiasat perkara itu.

Enam anggota jawatankuasa itu yang diketuai oleh setiausaha penjagaan kesihatan pakar, Muzamil Bashir diberikan tempoh tiga hari untuk menyelesaikan siasatan.

Stesen televisyen Geo News melaporkan bahawa seorang pegawai tinggi hospital itu menuduh polis dan pekerja penyelamat sebagai punca kepada timbunan mayat berkenaan.

Ketua jabatan anatomi Universiti Perubatan Nishtar (NMU), Dr. Mariam Ashraf berkata, kemudahan perubatan tidak boleh menolak untuk menerima mayat-mayat yang tiba di sana kerana terikat untuk mengambilnya sebagai simpanan.

“Polis dan pegawai penyelamat membawa mayat dan meminta kami menyimpannya tetapi mereka tidak menuntut seperti sepatutnya.

“Kami telah menulis surat kepada mereka beberapa kali dan meminta mereka mengambil mayat namun tiada tindakan susulan.

“Itulah punca kesemua mayat yang reput disimpan di atas bumbung di mana terdapat tiga simpanan khas,” jelasnya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... s-bumbung-hospital/

Quote margo20 16-10-2022 06:47 PM
200 kot tak busuk ke?
Quote ninja boy 16-10-2022 07:29 PM
Gigih angkat 200 ke bumbung hospital sekongkol
Quote supernaturalee 16-10-2022 07:31 PM
Mslh jgk klu dlm bilik mayat pun dh full house
Time covid tu hr pun guna kontena khas utk simpan mayat
Kkm sn kena prepare ni jgk
Quote sambaldurian 16-10-2022 08:26 PM
ke org beragama zorostian ke apa, ada agama x bg tanam atau bakar, mmg ada satu building terbuka untuk burung helang ke burung hering ke burung botak  dtg mkn. kt india ada lg agama tu.
Quote kaishi 16-10-2022 08:30 PM
200 mayat, tak busuk ke... Adoi laaaa...
Quote Page88 16-10-2022 08:37 PM
sambaldurian replied at 16-10-2022 08:26 PM
ke org beragama zorostian ke apa, ada agama x bg tanam atau bakar, mmg ada satu building terbuka unt ...

You cannot read properly also. Pakistan not India.
Quote dua_chzy 16-10-2022 08:50 PM
Ni la perangai keturunan Neelofa yang korang angkat2 siap kasik jadik Melayu bila berhijrah pi Malaysia. Hati kering nak mampus - Yahudi pun tak buat begini dek.
Quote dua_chzy 16-10-2022 08:51 PM
sambaldurian replied at 16-10-2022 12:26 PM
ke org beragama zorostian ke apa, ada agama x bg tanam atau bakar, mmg ada satu building terbuka unt ...

Motif 1 bangunan pekerja hospital beragama Zoroastrian?
Quote begg 16-10-2022 10:48 PM
dua_chzy replied at 16-10-2022 08:50 PM
Ni la perangai keturunan Neelofa yang korang angkat2 siap kasik jadik Melayu bila berhijrah pi Malay ...

Ni lawak..  Pecah perut.
Quote Carcosa 16-10-2022 11:11 PM
Ya hamponnnnn. 200 tu. Tak bau kaaaaa?
Mesti horror tukang angkat mayat tu ke atas. Setiap kali letak mayat baru, nampak yg dah sedia ada tah ghoper apa dah
Quote dani-rox 16-10-2022 11:14 PM
konsep sky burial gittew
Quote Skuau 16-10-2022 11:15 PM
dua_chzy replied at 16-10-2022 08:50 PM
Ni la perangai keturunan Neelofa yang korang angkat2 siap kasik jadik Melayu bila berhijrah pi Malay ...

gue wong jawo tulen...dpt IC..udahnya jadi Melayu...enak banget-wong JP.
Quote Meiizu 16-10-2022 11:19 PM
Edited by Meiizu at 16-10-2022 11:21 PM
dua_chzy replied at 16-10-2022 08:50 PM
Ni la perangai keturunan Neelofa yang korang angkat2 siap kasik jadik Melayu bila berhijrah pi Malay ...

Bukan kita angkat..org melayu dah nyampah dgn puak ni..
Me ollss perasan puak ni suka nau potray keturunan paki tu mcm golongan atasan..siap bajet up lagi dari yindiaa.
Perasan lawa hensem satu hal sbenarnya takat mama tini tu bersepah kat pasar jual sayur sana
Dah kalau bagus sgt pi laaa duk sana.

Haaa lagi satu mcamana puak paki mahupun puak jakel dpt bumiputra?sunnguh kee berita ni...depa ni dah suka kawin sesama sendiri
Quote dudaberhias 16-10-2022 11:41 PM
dua_chzy replied at 16-10-2022 08:50 PM
Ni la perangai keturunan Neelofa yang korang angkat2 siap kasik jadik Melayu bila berhijrah pi Malay ...

tu la... tak cukup di pedajal mayat2 kat sana bagi mereput atas bumbung... hujung2 keturunan dia berhijrah ke sini pegi pedajal acik2 marhaen suruh pakat2 borong produk theyols bertimbun2 bagi theyols kaya...
Quote nyoyoyenye 17-10-2022 12:03 AM
bukan parsi ka yg ramai zoroastrian tu
Quote orkidorkido 17-10-2022 12:14 AM
Sekampung busuk eeii
Quote sambaldurian 17-10-2022 02:01 AM
Page88 replied at 16-10-2022 08:37 PM
You cannot read properly also. Pakistan not India.

Yes I can read properly. India kn neighbour pakistan, msti la ada puak2 dia kt pakistan. Mcm sini, kn ada keturunan siam. Maksud tersirat la hai.. zoro tu asal parsi tp ada tersebar dkt india.
Quote sambaldurian 17-10-2022 02:17 AM
dua_chzy replied at 16-10-2022 08:51 PM
Motif 1 bangunan pekerja hospital beragama Zoroastrian?

Dh klu dh ada arahan 'Ketua' dia yg berfikiran ala2 zoro, xnk g tanam, org bawahan diam jela, nnti x dpt gaji. Hidup msti diteruskan.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.050220 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top