CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pondan Jadi GRO, Alasannya Nak Cari Duit Tukar Jantina

16-10-2022 06:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2236| Komen: 20

Sungai Petani: Cari modal untuk buat pembedahan jantina. Itu alasan diberikan seorang pondan warga Thailand yang dicekup sepasukan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam serbuan di sebuah kelab malam di Taman Pekan Baru.


Dalam Op Gegar dengan kekuatan 14 pegawai JIM selama dua jam bermula 11 malam itu, pondan berusia 20-an berkenaan ditahan bersama 10 wanita warga asing yang dikesan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di premis terbabit.

Ketika serbuan, ada antara GRO berkenaan dilihat melarikan diri melalui pintu belakang, namun gagal lolos kerana ia dikunci, dan ada juga yang lari bersembunyi di dalam tandas.


Foto: Harian Metro


Bagaimanapun, mereka berjaya dikesan pegawai serta anggota JIM.

Ketika semua GRO ditahan, seorang daripada mereka dilihat kurang berkomunikasi dan lebih banyak berdiam diri selain berada dalam keadaan sugul.

Bagaimanapun, dia ketika itu disangka mungkin takut kerana ditahan namun selepas dibawa ke pejabat JIM untuk dokumentasi, rahsia sebalik sikap pendiamnya itu akhirnya terbongkar apabila GRO berkenaan sebenarnya adalah lelaki.

Hasil siasatan lanjut mendapati dia yang pada awalnya disangka perempuan itu mengaku mahu mencari wang dengan cara mudah dan pantas untuk melakukan pembedahan menukar jantina di negara asal.

Pengarah Imigresen Kedah Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, dalam serbuan itu, seramai 11 individu terdiri daripada seorang lelaki berperwatakan wanita warga Thailand, tujuh wanita Thailand dan tiga wanita Vietnam yang berusia 18 hingga 44 tahun, ditahan .

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) akta yang sama dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Menurutnya, semua mereka akan direman bagi membantu siasatan dan mereka dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 16-10-2022 06:21 PM

[youtube]yGvftJmzN5w[/youtube]



Quote supernaturalee 16-10-2022 07:41 PM
Laju plk dorg ni
Yg bamjat Safi sblm ni xde pun

Quote lattehazelnut 16-10-2022 07:44 PM
supernaturalee replied at 16-10-2022 07:41 PM
Laju plk dorg ni
Yg bamjat Safi sblm ni xde pun

Kne tangkap sbb pelacuran bang..
Bamjat dia yg langgan gigolo..
Yang melayu kltn n omputih tu..
Quote sharlenetexas 16-10-2022 08:02 PM
Kesian tak sekaya bangjat.


Quote begg 16-10-2022 10:52 PM
Jangan si Jelly Belly sudah.
Quote Carcosa 16-10-2022 11:17 PM
Sajat tersenyum sinis



.... sambil buat live, dan dipuja puji "Kelakar lah Sajat ni" oleh acik2 yg sama yg mencerca beliau dahulu.
Quote orkidorkido 16-10-2022 11:35 PM
Hahaha jujur pondan tu, senang kira bicara
Quote hyie 16-10-2022 11:45 PM
ko dah takda keje lain nak buat ke nyeh
Quote Tinot7 17-10-2022 06:32 AM
noor2 replied at 16-10-2022 06:21 PM

Apa lawak sgt ni???
Bamjat kena pakai mekap all the time la.. tanpa mekap rupa laki sgt..
Quote noor2 17-10-2022 07:21 AM
Tinot7 replied at 17-10-2022 06:32 AM
Apa lawak sgt ni???
Bamjat kena pakai mekap all the time la.. tanpa mekap rupa laki sgt..


Sajat ni suka ckp x pakai otak...tapi pengikut dia mesti percaya
Quote TomyamPuteh 17-10-2022 07:33 AM
Abang Dany ke si pondan tu?
Quote Tinot7 17-10-2022 07:35 AM
noor2 replied at 17-10-2022 07:21 AM
Sajat ni suka ckp x pakai otak...tapi pengikut dia mesti percaya

Pengikut dia tak caya.. tapi sokong sbb nak tgk lagi byk aksi lawak dia..
Quote noor2 17-10-2022 07:37 AM
Tinot7 replied at 17-10-2022 07:35 AM
Pengikut dia tak caya.. tapi sokong sbb nak tgk lagi byk aksi lawak dia..

Betul jugak tu....tapi sajat mmg lawak
Quote rosedemon 17-10-2022 09:55 AM
okla tu at least uisaha sendiri. usaha eskaltor kjayaan. apa la nk tgkpa dia, ksian dia. kihkih
Quote Decaffeinated 17-10-2022 12:42 PM
supernaturalee replied at 16-10-2022 07:41 PM
Laju plk dorg ni
Yg bamjat Safi sblm ni xde pun
dicekup sepasukan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
Ini operasi Jabatan Imigresen. Tak baca report ka baca tapi tak faham?
Quote Decaffeinated 17-10-2022 12:44 PM
noor2 replied at 17-10-2022 07:21 AM
Sajat ni suka ckp x pakai otak...tapi pengikut dia mesti percaya

Yang ajak kawin tu sahlah menganjing sesuailah dia pulang balik jawapan tu. Aku percaya Sajat ni cerdik buat2 bodoh ja.

Quote kemaruk 17-10-2022 01:06 PM
Kita perlukan PM yang boleh bela golongan LGTVHD4K nih
Quote green~tea 17-10-2022 01:11 PM
Ape perasaan jantan eh bila melanggan pondan tu tetiba realized totey pondan tu lg gagsh perkasa

Rasa inferior tak? Atau down ke? Maruah tercalar?

Quote Artemesiaa 17-10-2022 01:25 PM
Suatu hari nanti pasti dia akan kata ianya kerja sia2

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.131867 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top