CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gantikan Idris Khan Dan Amelia Handerson, Lakonan Aniq Suhair Dan Siti Khadijah Mantap!

16-10-2022 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5192| Komen: 26

Bukan kali pertama bekerjasama di dalam sesebuah projek, keserasian Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim terserlah apabila digandingkan sebagai watak utama drama bersiri popular Sekali Lagi Cinta Kembali.


Gandingan serasi mereka telah menunjukkan keputusan mantap apabila berjaya meraih sambutan hangat dengan capaian tertinggi sebanyak 3.8 juta penonton menerusi slot Akasia TV3.

Foto: IG

Drama ini juga berjaya meraih 559.7 juta tontonan di laman sosial Tiktok dan capaian 476 juta di media sosial sepanjang bersiaran.

Walaupun telah diberi tanggungjawab menggalas watak asal lakonan Idris Khan dan Amelia Henderson dengan masa persediaan yang singkat, Aniq Suhair dan Siti Khadijah telah menghidupkan watak mereka dengan cukup hebat.






Penonton juga telah menularkan tanda pagar #HayRa dan #SepanjangHayyatAira di laman media sosial yang menggabungkan nama watak Hayyat dan Aira sebagai tanda setuju mereka.

Sejak menghiasi slot Akasia TV3 pada 13 September 2022, penonton setia telah menyuarakan pendapat bahawa gandingan Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim adalah pilihan tepat oleh pengarah Riza Baharudin dan pihak produksi A. Aida Production.




Nantikan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang bersiaran sehingga 20 Oktober 2022 di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan turut ditayangkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 16-10-2022 06:09 PM
Kehkehkeh den waktu jari2 menekan remote SBB bosan..terhentilah skjp dkt cite taiK kambing ni..SBB nk tgk wajah heroin..hype kata jelita tp...mmmm mmmm mmm

Dlm 5 minit, SBB den sihat..maka den hny muntah angin keluar asap jer berbesen2.. kehkehkeh  drama ketahikan apakah ini???
Quote pearl.silver 16-10-2022 06:10 PM
Bingit pompuan ni masa awal2 tu yg asyik cari gaduh tu.
Dah lama xtgk cite ni.
Quote putu 16-10-2022 07:01 PM
Lelaki tu blh la lagi layan. Tapi pmpn tu berlakon kayu
Quote Fly_over 16-10-2022 07:12 PM
suka iols heroin ni mengekalkan nama asal sheols..
Quote lattehazelnut 16-10-2022 08:01 PM
Berdasarkan klip yg i tgk..
Klau idris yg buat camtu creepy sbb muka pervert..
Aniq comel so aum haha..
Quote Kancilkering 16-10-2022 08:21 PM
kira ok le tuh dpt ami tu dok speed talking mcam nk wrap memanjang….muka aniq tu hensem….sekian…..
Quote DeLuna85 16-10-2022 08:35 PM
Sepadan jugak la sebab mcm trend jugak kan perempuan lebih tua
Quote dudaberhias 16-10-2022 08:49 PM
kalau idris khan memang confirm la tak tengokk nyahhh....
geli la hero2 sekarang yang penuh sabut kelapa di wajah especially nanas duda baran tu...

geli kot tiba2 terbayangkan nak comolot hero... sampai kena gigih nak kena kopek mengopek sabut kelapa kat muka hero untuk cari mulut untuk comolot....

patut lah hujung2 cik man cari anak jantan muda yang tak berbulu kat muka lagi...
rupanya malas nak kopek mengopek cari mulut...

choiii baik aku pergi kopek kelapa perah santan... kurang2 boleh buat nasi lemak...
Quote AcikBuncit 16-10-2022 09:29 PM
Acik suka tgk muka laki ni dia mcm combine hensem n comel
Quote anilanil 16-10-2022 09:29 PM
Gf sebenar si aniq ni pon nama emylia gak kan...
Quote pocongkiutss 16-10-2022 09:57 PM
Mantap ke..terus tuka channel adela
Quote awexgaban7 16-10-2022 09:57 PM
Aniq dgn siti khadijah way better drpd nk tgk deris ngan amelia…. Turn off sgh tgk derih
Quote heythere123 16-10-2022 10:38 PM
awexgaban7 replied at 16-10-2022 09:57 PM
Aniq dgn siti khadijah way better drpd nk tgk deris ngan amelia…. Turn off sgh tgk derih

i boleh tengok lagi kalau amelia pon, cuma idris memang turn off terus.
Quote heythere123 16-10-2022 10:39 PM
AcikBuncit replied at 16-10-2022 09:29 PM
Acik suka tgk muka laki ni dia mcm combine hensem n comel

ada movie dia taun lepas yg dekat astro ceria uols kalau tak silap i

tapi dia ni lagi elok kalau rambut panjang sebenarnya, kurang la jambu sikit. Rambut sekarang ni macam rambut pennywise pon ada
Quote heythere123 16-10-2022 10:39 PM
lattehazelnut replied at 16-10-2022 08:01 PM
Berdasarkan klip yg i tgk..
Klau idris yg buat camtu creepy sbb muka pervert..
Aniq comel so aum hah ...

amboi aniq terus okay ye
Quote zie_indah 17-10-2022 12:19 AM
TK minat huwaaaa apooo #bosan
Quote rosedemon 17-10-2022 10:02 AM
whateva la aku tgk pon idokk
Quote eely_shana 17-10-2022 11:39 AM
Cantik juga siti. Berlakon pun ok
Quote electricopop 17-10-2022 12:10 PM
Rezeki depa lah... tu lah kekwat sangat Deris dgn Amelia... puiii

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.072049 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top